template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)

Friday, April 20, 2012

pokok taugeh itu...


~sumber dari fesbuk~

Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow.
hmmm rangup... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.

beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.

kepututsan yg mungkin boleh didapati...
lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.
bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing.
dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.
kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.
kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya
langsung tak guna urine sebagai baja.

ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman
taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip.
siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2
taugeh tu.

dan kenapa taugeh jodik mangsa?
sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm
batangnya.
tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis
semasa proses
penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu
barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2
dari baja.

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis.
tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...

so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2
hanching dgn taugeh2 bumiputera.
---------------------------------------------------------------------

p/s: alaaa, senang je penyelesaiannya. Tanam la sendiri taugeh kat rumah. 
Bukannya susah pun nak tanam si taugeh ni. Beli je kacang hijau, 
then letak dalam tisu lembap, tiap-tiap hari renjis air sikit n make sure 
si kacang hijau tadi dapat cahaya matahari.
(pengalaman time sekolah rendah dulu, subjek sains...heheheee)

by: awenazri

Monday, April 9, 2012

| awak suka saya tak? |

Ayat ni lebih sesuai, lebih sopan dan lebih manis untuk kita-kita yang belum ada apa-apa ikatan dalam sesebuah perhubungan.

Saya jatuh hati dengan Hilman Yong!


| Cinta bagi saya hanya untuk orang yang sah dan halal iaitu isteri saya. Saya nak halalkan dulu perhubungan kita, baru saya cakap "I Love You." |


Kredit to Melur Jelita for creating Hilman Yong's character beautifully...

~awenazri

Saturday, December 17, 2011

Ishhh

Ishh, tiba-tiba terpikir,
macam mana la ada orang boleh update blog diorang tiap2 hari?!
Mesti orang tu seorang yang berdedikasi gitu. cewahhh
yelah, walaupun sibuk tp tetap boleh mengupdatekan blog.

Tak macam Cik Limah ni. M.A.L.A.S!!
Tengok la blog ni,
bukan setakat bersawang je, tapi dah bersawah dah ni.
Tambah-tambah musim tengkujuh sekarang ni, lagi laa...
rumput dah panjang, air dah berkolam dah, ikan dah beranak-pinak,
siput sedut berlonggok-longgok! hahahaha =)

Nak buat macam mana kan, dah perasaan malas menguasai diri.
Cerita banyak je nak story kat sini sebenarnya,
tapi xdapet lerr, jiwa teman xnok...hahaha

By: Awenazri (miss u mr. pilot!!)

Sunday, July 31, 2011

Ia datang lagi...

Salam Ramadhan al-Mubarak.
Semoga kehadirannya kali ini dapat memberi seribu satu makna, rahmat dan barakah untuk kita.
Semoga semua urusan dipermudahkanNya.
Semoga dimurahkan lagi rezeki sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

* kali ini still lagi xdapat puasa kat rumah dengan family sbb terpaksa stay kat kl walaupun sekarang ni student u masih lagi cuti before bukak semester baru. Walau apa pun tabahkan hati, tempuhi dengan sabar.

By: Awenazri

Wednesday, May 11, 2011

Pakcik miang yang botak!

Semalam satu lagi peristiwa berlaku dalam hidup cucu Tok Mad ni... Nak tau??? Jommmmm

Alkisahnya bermula (macam cite lagenda la pulak..haha), aku dalam perjalanan nak balik Pahang. Yelah exam dah habis, barang-barang dah tumpang letak kat umah P.su (yang kereta Vios nya tiba-tiba bertukar jadi saga antik, mana tak nye, dah dia tinggalkan Vios dia kat Terengganu. Pastu nak datang ambik barang-barang aku kat UM, mula la susahnya. Last-last pinjam keta saga antik Ayah Ngah aku. Yelah takkan Ayah Ngah nak bagi bawak Avanza dia yang baru tu kan?!!) Hahaha mengumpat la pulak...kikikiii

So, semalam aku pun gerak la ke KL Sentral, siap sedia nak balik Pahang. Sempat aku melantak ayam kfc dua ketul sebelum gerak balik tu...hahaha kalau dah bela 'hantu raya' memang takleh nak berpisah la dengan makanan kan kan kan...

Dalam pukul 8.10 camtu, aku pun naik la tren.. Sorang-sorang je k!! Aku kan sepisis (spesis) berani. Cuma kalau alam melibatkan antu ni takut sikit... sikit je k.

Sebelah tempat duduk aku kosong dari time aku naik kat KL Sentral sampai lah ke sudahnya. Takde orang naik pun.. Then sepasang suami isteri yang kat sebelah kerusi sana tu sporting habis la pulak. Apa tak nya, asyik duk ajak aku berborak je. Senyum je memanjang aku duk dengar cite n lawak antarabangsa diorang. Disebabkan tak ada orang kat kerusi sebelah aku, seorang lagi pakcik (kenalan suami isteri tu) join la sekali borak n dengar cite. Tabik spring aku kat pakcik (suami isteri) sebab dia dah tua tau tapi bila dah start bercakap satu malam tu xberenti tau. Huhuhuu

Nak ditamatkan cite pakcik yang suami isteri tu, pakcik yang duk sebelah aku ni penat + mengantuk. Apa tak nye, dia baru balik dari China then terus naik tren nak balik Kelantan katanya jumpa anak isteri. So, pakcik tu pun mintak la diri balik tempat duduk dia kat koc lain. Aku pun duk sorang-sorang la kat kerusi tu. Fuhhh bahagia rasanya bila naik tren takde orang duk kat sebelah. Boleh la aku melompat-lompat, berbaring-baring. Ehhh takde la smpai camtu sekali sebenarnya, just dapat duduk selesa la kan. Siap duk bersila lagi.

Tengah aku syok baca novel Coke & Sundae, tiba-tiba muncul sorang pakcik botak. Dia tanya aku ada orang tak duduk kerusi sebelah aku ni. Then aku cakap la, ADA!! Tapi pakcik botak tu nak dudukkan punggung dia jugak kat kerusi yang aku tengah duk bersila tu. Eiiii sengal!! Aku pun terus la turunkan kaki aku n gerak ke depan sikit tak sandar pada kerusi. Macam mana nak sandar kalau dah dia duduk sandar kat kerusi sanpai masuk line kerusi aku. Nak tersentuh bahu tau.. Aku pun mengengsotkan diri ke depan n mengecilkan diriku yang sudah sedia kecil ni (orang kata la...hehehe)..

Meh nak cite lagi, sebelum pakcik botak ni duduk kat sebelah aku (time kwn pakcik suami isteri tu ada la) ada sorang lelaki ni duk berjalan hulu hilir pastu dia berenti kat luar koc n duduk kat atas kerusi kecemasan kat situ. Disebabkan pintu koc tu dbuat dari cermin, so lelaki tu dapat la tengok orang kat dalam. Time tu aku perasan dia duk pandang je aku. Bukan aku nak perasaan dia tengok aku tapi sebab tak ada orang lain yag kat situ itu yang aku conclude dia tengok aku. (Aku ni bukannya Si Cantik Rupa nak perasaan canyik segala ni. I'm just Si Buruk Rupa je).

Sambil dia duk pandang-pandang tu, dia senyum-senyum. Aku concludekan macam senyum kambing!! Kalau nak tahu camna senyum jenis ni, korang pergi cari kambing seekor then suruh kambing tu senyum.. OK?? Lelaki miang!!


(Gambar kredit to Google. Sape-sape yang nak blaja wat senyum kambing, wat la cmni ye.)

Jom continue balik part dia duduk sebelah aku. Dia bagi alasan nak tengok tv dekat baru best (sebab aku beli seat yang depan sekali, depan tv). Cehhh alasan cam budak-budak je. Ingat aku baru budak 1 tahun ke?? Masa tu dia duk gerak-gerak kan kaki dia sambil tu dekat je ng aku. Aku still relax n cool lagi baca novel. Sambil tu jangan ingat aku diamkan diri je tau. Sebenarnya walaupun mata aku fokus kat novel, tapi ekor mata aku duk perhatikan pergerakan pakcik botak tu.

Kalau korang nak tahu novel yang aku baca tu, heroin dia seorang yang ayu tapi orang takleh buli dia. Sebab dia anak Tuan Mejar (askar). Ayah n abang2 dia selalu latih dia teknik pertahanan diri. So, dia selalu la belasah orang-orang yang jahat nak buli orang pompuan sampai masuk ICU..hahaha kena betul time aku baca novel tu. Sesuai dengan keadaan dan situasi aku semalam.

Aku pun apelagi, aku siap sedia pasang kuda-kuda (kalau tak tahu apa kuda-kuda yang aku maksudkan tu, pergi tanya cikgu silat, teakwando pun boleh). Ekor mata aku still perhatikan pergerakan pakcik botak tu. Masa tu aku dah sedia dah, sekali bahu or kaki dia tersentuh bahu or kaki aku, aku smackdown pcik botak miang tu macam dalam WWE!! Haaa jangan tak tahu ye, dulu time sekolah menengah aku selalu gak tengok WWE time balik dari hostel time hujung minggu. Haaaa kelas gitu kan...hehehe

Haaa nasib baik umur pakcik botak tu panjang lagi. Aku decide nak turun kat stesen Mentakab, Pahang. Kak Ngah aku tunggu kat situ untuk balik Temerloh. Aku pun cepat-cepat turun. Menyampah gile!!! Then aku terus story kat akak aku n pakcik Remy aku. Diorang pun cari pakcik botak miang tu... Fuhh nasib baik time tu tren dah nak gerak dah...kire selamat la pakcik botak miang keladi tu....eiiiiii

Selamat si pakcik botak miang tu tak kena smackdown ng aku. Kalau tak confirm hari ni dah masuk surat khabar or berita. Cucu Tok Mad telah meng'smackdown' seorang lelaki tua yang miang keladi gle....

Kalau nak dibandingkan dengan Abah aku pun, pakcik tua botak miang tu lagi tua dari Abah aku tau!! Fuhhhh.... dasar tak sedar diri betol... dah la badan berbau gile-gile... Hampir nak pengsan aku dibuatnya. Nasib baik aku tutup hidung ng kapas semalam..hahaha. Pastu kepala botak, dia ingat dia nak jadi macam FBI la botak glemer gitu.. hampehhh!! Kalau botak cam Castello takpe la jugak, ni tak macam Cicak Kobeng jek!! huhhhh!!

p/s: sebenarnya, aku taip ni cepat-cepat. so, tak dapat la nak story secara terperinci kat pembaca. So, kepada pompuan-pompuan tolonglah belajar cara-cara nak smackdown k. Oklah, aku nak gerak dah ni...ada kerja sikit nak buat...daaaaa

By: Awenazri

Sunday, May 8, 2011

TERIMA KASIH MAMA

Say alhamdulillah...
Thank u Allah, Thank u Allah,
For my Mama...

Mama,
Terima kasih untuk 9 bulan 10 hari yang kau kandungkan kami di dalam rahimmu. Ke mana saja kau pergi ketika itu, kami sentiasa di bawa bersama tanpa sekelumit pun perasaan terbeban dengan kehadiran kami. Ketahuilah bahawa ketika itu kita sangat dekat sehingga kita boleh tahu perasaan satu sama lain.
Sungguh kami sayangkanmu Mama.

Terima kasih kerana sanggup mempertaruhkan nyawamu demi memastikan kami insan kecil di dalam perutmu berpeluang melihat dunia. Tanpa sekelumit pun kau tidak menghiraukan nasib dirimu yang mungkin akan terkorban dalam perjuangan itu.
Sungguh kami bangga denganmu Mama.

Terima kasih untuk setiap titisan susu yang kau berikan kepada kami. Walaupun kami mengganggu ketika masa tidurmu, kamu tetap tega melayan kerenah kami.
Sungguh kami hormatimu Mama.

Terima kasih kerana menjadi cikgu pertama kepada kami. Engkaulah orang pertama yang mengajar kami, bukannya cikgu di tabika dan sekolah. Dan ketahuilah bahawa perkataan pertama yang kami pelajari adalah panggilan untukmu, Mama. Kamu tetap sabar mengajar kami tanpa mengira penat dan jemu walaupun perlu mengejar kami keliling ruang tamu bila masa kami sudah mendapat kaki.
Sungguh kami sentiasa perlukanmu Mama.

Terima kasih kerana sanggup menyekolahkan kami. Walaupun kau perlu berhabisan wang untuk memastikan kami memperoleh ilmu. Tidak cukup dengan itu, bila masa kami akan memduduki peperiksaan kau sanggup pula menghantar kami anak-anakmu ke pusat tuisyen. Tanpa lelah kau sanggup menunggu kami di dalam kereta sehingga kelas berakhir. Sehingga kini kau masih bersemangat menyekolahkan kami.
Sungguh kami terharu Mama.

Mama, kami tahu yang mana kau mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anakmu. Terima kasih Mama. Tidak mampu untuk kami balas jasamu kecuali iringan doa setiap masa untuk dirimu Mama. Semoga kau sentiasa bahagia berada dalam kasih sayang anak-anakmu Mama. Semoga setiap urusanmu dipermudahkan olehNya.

We love u Mama (Norizan Isa)
Happy Mama day...
U're our best friend forever n ever...


Along, Angah, Awen, Aera, Azni, Akim, Alia n Abah SAYANG MAMA!!
Mmuaahhhhhh100x...
(^_____^)

By: Awenazri

Wednesday, May 4, 2011

Selamat Hari Jadi A.Mie

Assalamualaikum
(Atuk cakap tak jawab salam berdoca tau!! Huhu)
Hari ni 4 April 2011.
Free kejap sebab takde exam.. esok exam balik...huhu
(tak sabar nak habis exam ni cepat-cepat)
!__!

Entry ni khas untuk uncle tersayang
Sape lagi kalau bukan.....
A.Mie @ Remy!!!
(jerit kuat-kuat biaq bergegar satu KL ni dengaq. Aikk pasai pa kluaq ayat utara ni?? dushhh9x!!)
Haaa..perhatian ye semua,
ingin ditegaskan kat sini,
bila saya nyatakan Remy kat atas,
ini bukan Remy pelakon yang menjadi pujaan hati pompuan Malaya ye...
tapi...
ini adalah Remy versi anak Tok Mad pendekar Malaya
Hahahaha..

Kepada A.mie,
Awen ucapkan....
SELAMAT HARI RAYA...
ehhh ehhh silap lak


"SELAMAT HARI JADI"
semoga murah rezeki,
semoga panjang umur,
sentiasa dipermudahkan dalam apa jua yang A.mie buat,
sentiasa mendapat keredhaan dariNya
I LOVE U A.MIE!!
(^_____^)

p/s: Awen balik ni belanja la... hehe

By: Awenazri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...