Say alhamdulillah...
Thank u Allah, Thank u Allah,
For my Mama...
Mama,
Terima kasih untuk 9 bulan 10 hari yang kau kandungkan kami di dalam rahimmu. Ke mana saja kau pergi ketika itu, kami sentiasa di bawa bersama tanpa sekelumit pun perasaan terbeban dengan kehadiran kami. Ketahuilah bahawa ketika itu kita sangat dekat sehingga kita boleh tahu perasaan satu sama lain.
Sungguh kami sayangkanmu Mama.
Terima kasih kerana sanggup mempertaruhkan nyawamu demi memastikan kami insan kecil di dalam perutmu berpeluang melihat dunia. Tanpa sekelumit pun kau tidak menghiraukan nasib dirimu yang mungkin akan terkorban dalam perjuangan itu.
Sungguh kami bangga denganmu Mama.
Terima kasih untuk setiap titisan susu yang kau berikan kepada kami. Walaupun kami mengganggu ketika masa tidurmu, kamu tetap tega melayan kerenah kami.
Sungguh kami hormatimu Mama.
Terima kasih kerana menjadi cikgu pertama kepada kami. Engkaulah orang pertama yang mengajar kami, bukannya cikgu di tabika dan sekolah. Dan ketahuilah bahawa perkataan pertama yang kami pelajari adalah panggilan untukmu, Mama. Kamu tetap sabar mengajar kami tanpa mengira penat dan jemu walaupun perlu mengejar kami keliling ruang tamu bila masa kami sudah mendapat kaki.
Sungguh kami sentiasa perlukanmu Mama.
Terima kasih kerana sanggup menyekolahkan kami. Walaupun kau perlu berhabisan wang untuk memastikan kami memperoleh ilmu. Tidak cukup dengan itu, bila masa kami akan memduduki peperiksaan kau sanggup pula menghantar kami anak-anakmu ke pusat tuisyen. Tanpa lelah kau sanggup menunggu kami di dalam kereta sehingga kelas berakhir. Sehingga kini kau masih bersemangat menyekolahkan kami.
Sungguh kami terharu Mama.
Mama, kami tahu yang mana kau mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anakmu. Terima kasih Mama. Tidak mampu untuk kami balas jasamu kecuali iringan doa setiap masa untuk dirimu Mama. Semoga kau sentiasa bahagia berada dalam kasih sayang anak-anakmu Mama. Semoga setiap urusanmu dipermudahkan olehNya.
We love u Mama (Norizan Isa)
Happy Mama day...
U're our best friend forever n ever...
Along, Angah, Awen, Aera, Azni, Akim, Alia n Abah SAYANG MAMA!!
Mmuaahhhhhh100x...
(^_____^)
By: Awenazri
No comments:
Post a Comment