template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)

Thursday, December 2, 2010

biarlah YM yang berbicara...

andai MULUT malu untuk menuturkan kata,
MAKA
biarlah YM yang menjadi pengganti untuk menyampaikannnya.
kerana
dengan ym kita tak akan rasa malu pun sebab kita tak memandang antara satu sama lain..kan kan kan?
dengan ym kita boleh bersembang apa sahaja yang terlintas di fikiran.
dengan ym kita boleh luahkan apa sahaja...
jadi biarlah ym yang terus menjadi 'posmen' untuk kita sampaikan apa yang terlintas di hati....


[cewahhh, ayat aku jiwangnyeeeee. ni kesannya jika dah rindu serindu-rindunya...huhuhu
maklum la awak jauh kat rusia, saya pulak kat KL ni...ble la kita nak jumpa kan awak..??huhuh sabar sabar sabar...]

haha..sempat lagi aku ,meng'post'kan perasaan kat KL sentral ni...tgh tngu train lak tu...haha ape nak jadi la...

Friday, October 29, 2010

akhirnya...,

fuh, LEGA..itulah ungkapan terbaek buat mse ni...

tanggal 26 Oktober lps, 9pm berlangsunglah MALAM SENI KINABALU bg fasa pertama slps ditunda bbrpe kali. mlm ni semua kelab & persatuan seni kt kolej ni perlu buat performance. siap ade judges lagi tu. sume warga kolej dialu-alukan tuk trun ke dewan mkn menyaksikan kami semua bdk-bdk seni. huhuhuhu

aku dari petang lg dah mula CUAK. haishh perasaan ni mmg dh xbleh nk elak lagi dh. kali ni aku jd pengarah tuk kelab drama kolej. besar tanggungjawab ni sbenarnye. aku terima seadanye dan sebagai mengutip pengalaman-pengalaman berharga sepanjang bergelar mahasiswi UM ni. untuk mlm kesenian ni, aku jadi pengarah tuk sebuah drama@lakonan bertajuk 'SEHENING TAKBIR'.

mengisahkan sebuah keluarga miskin yang tinggal di peruk desa. si ibu mengandung (zee), si ayah penoreh & nelayan (yusof), si anak lelaki1 yg baik (izwan), si anak perempuan yg mengada-ngada (intan), si anak lelaki2 yg biadap (azri), k.nor si tukang jahit (syafiqah), abg mail org kampung (aqmal) dan ah chong tauke cina (loke). xlupa juga kpd pembantu-pembantu yg memberi bantuan ketika lakonan berlangsung: ery (musicman), lisa & emmi (lightingwomen), ieda (sm).

haha..mmg kalut gile aku kat belakang pentas menguruskan pelakon-pelakon untuk setiap babak dan juga menguruskan prop-prop yg ternyata kurang mencukupi. pengalaman berharga bila aku melatih dan menguruskan mereka tanpa bantuan dari jurulatih atau org yg lebih berpengalaman. walaupun kami tak menang hamper pd malam tu, xpe sbb mlm tu menjadi platform untuk kami terus melangkah ke hadapan.

so, skrg focus aku adalah tuk STUDY!! exam final dah hampir dah ni...huhuhu cuak balik bila ingt pasal exam. sem ni mesti lebih baek dari dua sem sblum ni. MESTI!!
okehhh, pack barang tuk balik umah petang ni dah siap. tunggu masa je tuk berangkat pulang. hehehe huhuhu padahal aku baru je blik 2 minggu lepas. hahhaha

lalaawen...,

Saturday, October 23, 2010

menyampah dah dengan dia ni...

entry mlm ni laen dari yg slalu...ianya lebih kpd luahan ketidakpuasan hati terhadap seorang!!

aku agak aku dh xtahan lagi dgn perangai die. suka menunjuk-nunjuk dirinya walhal sepanjang aku berada d sisi die, tiada langsung kelebihan yg sering dbanggakan itu aku lihat. aku kira die ni seorang yg xmahu mengaku kalah. tapi kadang-kala perangai macam ni perlu melihat kepada keadaan persekitaran kita. jgn nak main terjah secara melulu.
satu lagi perangai die yg aku xsuka, die ni jenis yg minat ramai laki. semua dceritakan kat aku. bukan aku xnak layan tapi aku xgemar tuk layan bende-benda macam ni. bagi aku, ape yg dapat aku rumuskan dari cerita-cerita die, die adalah seorang yg perasan. die perasan dirinya dkejar ramai lelaki. semua lelaki dlayannye. aku bukan nakmemburuk-burukkan dirinya, tapi aku kira xsepatutnya die terhegeh sebegitu untuk mendapatkan perhatian lelaki. memang aku akui yang dia seorang yang peramah tapi perlulah juga ada batasannya. selalu juga aku lihat die bergurau sehingga tangan yang dua itu merayap tuk memukul dan mencubit si lelaki. mula-mula aku melihatnya, aku tergamam!! selama aku bersekolah sehingga ke matrikulasi, tidak ade babak seperti ini. mungkin juga kerana aku bersekolah di sekolah perempuan dan d matrikulasi, kami para pelajar masih lagi terikat dgn peraturan yg ketat, yang menjarakkan hubungan antara adam & hawa. lagipun die dbesarkan d tempat yg aku kira sosialnya agak tinggi, jadi xhairanlah lagi. aku xmahu membangkitkan lagi isu ini. biarlah berakhir aje d sini. satu lagi perangai die yang aku dpt kesan ialah, die seorang yg jeles.. jeles jika aku membicarakan tentang lelaki, family and even kerjaya. sehingga kan aku xmahu lagi menyentuh berkaitan lelaki d hadapan die. seboleh-bolehnye aku akan melencong ke tempat lain. bila dfikir-fikirkan die ni mcm da sangap sgt nk berboifrend...biar jelah die dengan perangai die, harapanku die akan berubah suatu hari nt.

luahan hati,
adamawen..

Monday, October 18, 2010

~pandanglah saya walau sekejap cuma~


Di saat-saat akhir sem seperti skrg ni, kesibukan adalah TEMAN yg xdpt dpisahkan lg. Ianya bagai aur dan tebing, bagai irama dan lagu yg xboleh diceraikan oleh sesiapa jua. Sama seperti aku yg mana menjadikan hari-hari ku sebagai hari 'DATING' dengan kerja-kerja yg diberi oleh pensyarah. hati sentiasa memberontak memarahi pensyarah-pensyarah yg tersangat lah suka membebankan student-studentnye dengan bermacam assignment. sampaikan aku tiada masa untuk dihabiskan di luar..!! arghhhh..

terukkan kan aku ni. tapi bila aku fikir-fikirkan balik, xpatut seseorang pelajar tu memberontak sebabnya sudah menjadi tanggungjawab pelajar tu untuk belajar. hahaha
kalau x ape guna kte bertungkus lumus tuk sambung blajar di menara gading. kn3x. ;p

kerja-kerja yg menimbun ni seakan MERAGUT kegembiraan di hati dan senyuman di bibir. payah benar nk tgk senyumanku yg menawan ni..ahakkkkss. hehe..kirenye sesape yg ternampak senyuman ak ni beruntung sesangat la...hahhaha sengallll!!

haaa...akan tetapi, dalam kesibukan yg menggunung ni...aktiviti bersosial di ruangan sosial FACEBOOK xpenah dtinggalkan...huhu ape sebabnye aku sendri pn xtau. nk kata chat ng kwn2 kt fb tu xde la pulak. sebabnye ak sndr yg OFFLINE kan aku pnye chat. ;p
yg pasti sejak dua menjak ni, ble aku bkak fb je, aku mst melawat profile sorg guy ni mr.R..hehehe reasonnye adelah AKU TATAU!! wlaupn xleh tgk muka die pn xpela sbb die xsuke bergmbar (tapi kdg2 rse frust gak la sbb xde pic..kihkihkih). haaa..lg stu die pn suke OFF kan chat kalo die on9 fb..adehhhhh lg skali aku frust.

Ape nk jadi la ng aku skrg ni.. macam dh ADDICTED lak ng die ni. yg klakarnye, ble tbe2 ak on kan chat aku n tgk status chat die kaler HIJAU, dgn sendirinya aku GUMBIRA sgt!! xtau xtau nape~
cehhh padahal aku jek yg lebih2. die xrse pape pOn (!_!)..bukti: die bknnye nk chat ng aku pn..(kuang kuang kuang) huhu mmg SAH la aku ni 'SYOK SENDIRI'.,ngeee~~

Dalam pada masa yg sama, aku dpt tau dirinya telah diminati orang!! yg lagi menyentuh jiwa tu bila org tu aku KENAL dan rapat la jgk..uwaaaaaa~ (!__!)
bkn sorang pulak tu. adehhhhhh
dan lg parah ble ORANG-ORANG (pompuan) tu duk meluahkan isi hati dorang!

Dorang siap berperang mulut untuk memiliki awak tau. waaaa.. bangganye awak kan!
hmmm..pada mulanya saya ingtkn org laen tp meleset lak sangkaan saya tu..huhu
xpe2 saya xkesah (AIMAN kn XKESAH!!) haha
ni sume dah berlalu k...biar je lah kan.

isnin: maka bermula la balik jadual class yg menyeksa jiwa raga ni. tp ape nk buat, tuk dapatkan segulung ijazah bertebaranlah sume cucu cicit ADAM & HAWA menuju ke clas. adoiii ble g clas fikiran kembali tenat ng keje yg xsiap2..susah kot!
tp....selang beberapa jam, xsemena-mena terserempak lak ng awk mr.R.. dah la ramai mse tu, adoiiii dah la saya ni pemalu orgnye. kihkihkih (^.^)

tbe2 je muka masam bertuka mnjadi semanis gula. haha sampai kt dlm sy duk senyum sorang2! nasib xde org perasan..xtau nape rse gumbira sgttttttt.

tp sayangnye perasaan tu xlama. juz singgah sekejap je dalam diari idup sy hr ni.
Nak tau sebabnye knape???????
Sebabnya, lpas bberapa jam sy ternampak awk smula..mulanye tu sy berdebar gle n xmo awk nmpak sy kt situ. sy xnk awk dtg dduk dkt sy. bkn ape, sy cuma xtau cner nk tegur awk nt. sy juz akan jadi SESEMPOI mungkin kalo kwn2 sy ade bersme ng sy. kalo x, sy rse sy akan jd senyap cm TIANG.huhuhu

dalam sy tgh berdebar tu, sy pandang tempat laen konon2nye xsedar kehadiran awk kt situ la..
tp ape yg sy nampak lpas tu amat menjeleskan sy. rupenye, awk xberseorangan. awk bersme ng orang tu. tbe2 hati ni jd sedih sesedihnye...tacinggg sgt mse tu.
kecewa smpai sy pujuk hati tuk pasrah je la. dlm seminit lpas tu awk ng die hilang dr pandangan sy...sy tercari-cari tp smpai sudah xjmpe2.. sob3x

ermmm..nk wt cner, awk dh pegi ng die...bubye awk~~~
tp sebelum tu, PANDANGLAH SAYA WLAU TUK SEKEJAP CUMA....

adios;
LALAAWEN

Tuesday, October 12, 2010

daddy's rules...haha



10 peraturan bapa kepada teman lelaki anak perempuannya


Kepada Bf anak aku,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg sengaja menakutkan, Bapak Kepada Gf ko.

~lulaawen@adam~

Thursday, October 7, 2010

~fall in love~

Ku menatap dalam kelam.
Tiada yang bisa kulihat.
Selain hanya namaMu, ya Allah.

Esok ataukah nanti.
Ampuni semua salahku.
Lindungi aku dari.
Segala fitnah.

Kau tempatku meminta.
Kau beriku bahagia.
Jadikan aku selamanya.
HambaMu yang selalu bertaubat.

Ampuniku ya Allah.
Yang sering melupakanMu.
Saat Kau limpahkan karuniaMu.
Dalam sunyi aku bersujud.

Esok ataukah nanti.
Ampuni semua salahku.
Lindungi aku dari.
Segala fitnah.

Kau tempatku meminta.
Kau beriku bahagia.
Jadikan aku selamanya.
HambaMu yang selalu bertaubat.

Ampuniku ya Allah.
Yang sering melupakanMu.
Saat Kau limpahkan karuniaMu.
Dalam sunyi aku bersujud.

Kau tempatku meminta.
Kau beriku bahagia.
Jadikan aku selamanya.
HambaMu yang selalu bertaubat.

Ampuniku ya Allah.
Yang sering melupakanMu.
Saat Kau limpahkan karuniaMu.
Dalam sunyi aku bersujud.
PadaMu.

Ooo….

Friday, August 13, 2010

salam Ramadhan...

ermmm...dh agk lme xberceloteh kt blog ak ni...
tbe2 mlm ni hati ni terasa nk bkak blog muekk ni...huhu
tp xtau nk post ape skrg ni sbbnye,
dlm otak ak ni ade mcm2 benda.. (dh jd traffic jam dh kot)

anyway skrg ni, sume umat Islam tgh menjalani ibadat pose
d bulan Ramadhan yg penuh kemuliaan n keberkatan...
hr ni dh hr ke-3 pose..
alhamdulillah, diriku masih lagi dberi kesempatan oleh Yang Maha Esa
untuk bernafas sekali gus beribadat kpdNya...

ble tbe bln Ramadhan ni...
ak ske lak dgr lagu HARAPAN RAMADHAN...
(nk nyanyi la kjp..hehhe)




sesungguhnye bln ramadhan ni blln beribadat...
so, anggap la ni adelah last ibadat pose yg kte wt...
mungkin lps ni dh xde kesempatan dh tuk kte kn...
(Ya Allah, Kau ampunilah dosa2 ku...dosa ibu bapaku...adik beradikku...sesungguhnye Engkau Maha Pengampun)
amin....

~rindu sesgt kt pamily kt umah...uhuhuhu lagi 3mngu nk jmpe dorg sume..
mama, abah, along, angah, eera, eny, akim, yaya...
nt kte sume jmpe blik rye nt ea...
rindu nk buke pose n sahur sme2... (T__T)

salam jauh dr anaknda lalaaawen

Friday, April 16, 2010

~menuju kinabalu~



pengalaman yg berharga bg ak dlm thn 2009 yg lalu. ak ingt lg, gara2 join projek menggapai kinabalu lah, ak xpulang berhari raya d kampung halaman.
sebak n sedih ble ingt kat abah, mama, along, angah, eera, eny, yaya n akim yg brye b'sme2 kt umah. time ni, rye aidiladha or rye haji. sob3x. nasib bek la jgk pcik2, sedara mara rmai duk kt kl n selangor ni. so, ak pn pegi la merempat d umah a.mie tersayang kt serdang. kebetulan die pn xdpt cuti rye kali ni..hehehe
so, mlm rye 2 ktorg berdua blik la kejap umah nenek ak kt jengka 18, pahang. terubat la skit rndu kt mama. ermmm...tp kjap je, sbb ptg hr rye tu kami dh pn gerak blik kl da...daging korban pn xsempat nk mkn lg tau...
ishh sebnarnye bkn nk cite psal ni..hahaha

cite yg sbnarnye, ak xblik sbb nk pegi sabah...MENDAKI GUNUNG KINABALU...
rmai sedara mara ak bising, yelah musim2 hujan bln 12 ni nk g pnjt gunung. bahaya siott!! hehe. sbnrnye diorg ni xpuas hati ak xblik rye (rndu la tu nk tgk mke comey ak ni..ahaksss..ngeee)(^_^)
pape pn, smngu sblm bertolak ke sabah tu, ktorg yg join projek ni wt physical training n community service... pengalaman weyh wt community sernice ni. yelah b4 dis mne ade g umah org, ketuk pntu, mntak sumbangan..ayt nye cmni:

me: hello, morning sir. i'm (name) from university of malaya. we're organize a project call menggapai kinabalu. so, we're going to climb mount of kinabalu, sabah.
sir: owh, ok. (mcm2 expresi mke blh kte tgk time ni...hahah)
me: but, we don't ave enough budget. so, today we're doing community service. u can ask us to do any work. then later maybe u can give us some donation laa..

haa..cmtu la aytnye. ktorg gerak dlm group wt keje ni. byk kali gk la ak yg kne manis mke ckp ng owner umh. huhu. xpe2, xperience kn. time ni best sgt, sbb ktorg bdk2 junior ni tbe2 jd rapat ng senior2. rsenye klau xde keje ni, xde nye ktorg kenal or borak ng senior2 ni.hahhaha gud2!!
antara senior2 tu: dzul, k.ekin, k.dila, k.ayu, fuad, naim, a.fad, k.mila, qila, tqa, k.haniey n ade lg yg ak xingt nme...hehe
lpas community service, sblah ptg lak ktorg sume wt physical training. dalm um je. pusing stu um. n klau xsilap ak nek tangga kt fac economy. fuh!! best gk laa. last day physical training b4 blik umh tuk smbut hr rye, ktorg g training nek tangga kt batu caves.! ohh mak kau, byk tol ank tangga kt situ. dh la byk MONYET (cm um ni gk la). cehh ak ng steady nye nek trun tangga tu sbyk 3 round. kire power gk la ak ni..hehehe






29november09 - 2december09

pada hari first mendaki, dgn semangatnya aku n semua kwn2 mengerah tenaga
mendaki MOUNT OF KINABALU!!
dah la bawak beg berat kat atas belakang [ yelah, makanan, minuman, pakaian sume]

haaaa...yang aku xtahannye, time kami semua mendaki tu, ramai jugak la pelancong asing yang tengah daki sama.
dorang siap pakai single n short pants!!
dah la bawak beg besar gabak!
STEADY JEK...siap potong kitorang lagi..huh!

pada awalnya, kami sume naik berkumpulan, xberpecah langsung.
at last, semua berpecah.. sebabnya, stamina semua org lain2.
so, xboleh nak ikut kawan.
lastly, aku pun mendaki sorang2 jek ke chalet yang kami janji tuk berkumpul.
FUH, MEMANG PENAT!!
nasib aku sempat sampai chalet before hari gelap.
kwn aku, IEDA xsempat kot. so, terpaksa la mendaki dalam gelap.
uishhh bahaya siot! memalam dah la hujan, licinnnn.

kami semua berehat la kat chalet. kedudukan chalet tu dah xjauh dah dengan puncak gunung.
YA ALLAH, Ssssejuk yang teramat lah sangat kat atas tu.
yelah, dah bulan Disember ( musim tengkujuh ) asyik hujan je lah. menambahkan suhu sejuk kat atas tu.
even nak tido kejap before daki naik ke puncak pagi esoknya pun xboleh. xlena langsung.
pagi esoknya, dalam pukul 5am sesapa yang nak mendaki naik ke puncak bersiap sedia. kawan aku (IEDA) dah surrender xnak naik. yelah semalam pun, dia dah sampai lewat kat chalet. kaki dah injured!! memang kesian bangat..

aku tetap bersemangat nak mendaki ke puncak tu. yelah dah alang-alang sampai Sabah kan. bila lagi nak ambik gambar kat puncak tu... hehehhee
camera, coklat, lampu n semua brg keperluan aku bawak. penuh poket baju sejuk Atuk aku.. hahahaha nampak sangat aku kebas baju Atuk! dah dpat keizinan tau.
time tu, aku duk pikir-pikir jugak la, aku nak join sape wat teman naik puncak ni??
yelah pepagi buta yang gelap gulita ni, mana boleh jalan sorang2 cam waktu siang.! orang lain semua ada geng! aku sorang jek xde.huhu

haaa lastly, aku jalan dgn budak2 laki. hehehe senang sikit nak mintak tolong pape kan? hehehe dah pasang niat dalam hati.
Alhamdulillah, lancar je perjalanan aku pagi tu. tapi bila dah semakin dekat dgn puncak, susahnya nak bernafas. yelah oxygen dah kurang kan. hidung dah sejuk, keras n beku! mulut terketar-ketar! banyak kali jugak la berenti rehat..
n nasib jugak la aku join bebudak laki, diorang semua tunggu kalau aku nak rest n diorang jugak banyak bagi semangat untuk aku teruskan jalan dengan cepat.
sebabnya, time tu matahari dah nak terbit. so, aku teruskan jugak!!

dalam tengah mendaki tu, nampak la cahaya terang. DAH ADA ORANG SAMPAI PUNCAK!! that means, aku dah dekat dgn puncak...uhuhuhu gumbira
dari situ, aku pandang belakang (bawah) nampak la kawasan perumahan / chalet yang kami singgah. MACAM SEMUT! seriauuuu...
langkah ku kuatkan sehinggalah
YA ALLAH, FINALLY AKU SAMPAI JUGAK KAT PUNCAK NI! fuh! melepaskan lelah.
penat sangat.
lepas tu, apelagi.. snap! snap! snap! hahahhaa (sebab time tu matahari dah mula menampakkan diri) so, cantekssss! beautiful.
bergambar la kat atas tu. siap bergmbar dgn foreigner dari China. hahaha

WANITA (akalnya senipis rambutnya)








Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali Karamallahuwajhah



salam ingatan,
muekk....

Sunday, January 10, 2010


Salam.Hayatilah kisah di bawah. Semoga kisah ini mnjadi teladan. Jika kita merasa "terpukul" dgn kisah ini, jgn gusar...Jadikanlah Tahun 2010 ini sbg permulaan utk kita berubah ke arah yg lbih baik. Insya'Allah...


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan.. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran.. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil.. Prihatin..

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ....

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah..

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek.. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta... Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja.. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaanirrahim...ALL..MAA... RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya.. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun... Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...