template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)

Tuesday, February 15, 2011

PERISTIWA BESAR

haaa, semalam 14 february valentine day, apa korang buat?
beli bunga untuk kekasih?
beli hadiah untuk kekasih?
keluar makan minum @ dating dengan buah hati?

habis tu, hari ni apa pulak korang buat?
hari ni maulidur rasul,
which is hari lahir junjungan besar@pemimpin kita,
Nabi Muhammad s.a.w
ada korang beli bunga (selawat) untuk kekasih Allah ni?
ada korang beli hadiah (zikrullah) untuk kekasih Allah ni?
ada korang keluar dating (amalan or ibadat) dengan buah hati Allah ni?

kalau ada, ALHAMDULILLAH, syukur...

Allahmdulillah, tahun ni (2011) sempat lagi kita bertemu dengan 12 Rabiul awal, satu peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

Nabi Muhammad s.a.w telah diperanakkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.

KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Allah berfirman yg maksudnya:

"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."

Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman.
Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud;

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah?

sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi;
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)."

teringat zaman secondary school dulu kat SEMENZA,
hari ni mesti buat sambutan,
pastu semua budak-budak hostel akan buat as-syura,
satu hari bertungkus-lumus,
sbb nak buat syura ni lama sangat,
sampai xlarat.
tapi best!

sekarang ni, bila dah masuk uni,
susah dah nak jumpa benda-benda macam ni.
so, time macam ni la kte akan appreciate apa yang kte dah buat masa skolah dulu.
huhuhu...


neway, kte ucapkan
"SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL"
buat semua umat islam seantero dunia.
salam...
awenazri

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...