template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)

Friday, March 18, 2011

::Jika Sayang::

Orang tua selalu cakap, kalau kita sayangkan seseorang tu, kita akan sanggup lepaskan dia untuk melihat dia bahagia walaupun kita terpaksa menelan derita. Dan jika selepas itu dia kembali kepada kita bermakna dia memang tercipta untuk kita. Dan jika dia tidak kembali kepada kita itu bermakna dia bukan jodoh yang kita nanti-nantikan. Akan tetapi persoalannya, bolehkah kita menerima seadanya dan melepaskan dia yang kita sayang tu pergi? Sanggupkah kita melihat dia yang kita sayang tu bersama orang lain?



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suatu ketika dulu, aku keluar makan bersama Mummy kepada Tuan SiKemek. Sudah lama kami tak berjumpa sebab mereka sekeluarga dah berpindah. Banyak yang kami berdua bualkan ketika tu. Bila difikirkan balik macam kena soal siasat dengan mak mertua la pulak. Yelah masa tu, aku just jawab apa yang Mummy tanya tanpa berbohong sedikit pun. Maklum la umur masih awal remaja. Tapi nasib baik Mummy sporting habis. Walaupun tahu banyak kelemahan diri aku yang aku sendiri bongkarkan, Mummy tetap cool je. Hahaha kalau orang lain maybe dah reject makwe anak lelaki dia yang macam aku ni.

Tengah syok berborak dan makan-makan, tiba-tiba Mummy bersuara...

"haa ermmm Awen, Mummy nak bagitahu sikit ni pasal Adam."

"Ooo apa dia Mummy? Kenapa dengan Adam?"

"Adam akan fly next week nanti."

"Ooo ok. Fly nak pergi bercuti kat mana kali ni Mummy?" tanyaku tanpa mengesyaki apa-apa sebab mereka sekeluarga memang suka pergi bercuti.

"Adam bukan nak pergi bercuti Awen. Adam akan continue his study in Australia."

Tercengang aku sekejap di depan Mummy. Tak tahu macam mana ekpresi muka aku masa tu. Macam terkejut pun ada jugak. Australia? Jauhnya...

"Jauhnya Mummy? Kenapa tak buat dekat Malaysia je? Kenapa Awen tak tahu pun?"

"Ermmm Adam sendiri yang tak nak Mummy bagitahu Awen. Dia nak cakap sendiri dekat Awen. Tapi itulah, sampai sekarang pun dia tak cakap-cakap lagi kat Awen. Mummy risau je and Mummy rasa Mummy patut bagitahu Awen tambah-tambah kalau Adam tak bersedia nak bagitahu Awen. Dia takut Awen tak dapat terima berita ni."

Panjang lebar Mummy terangkan kat aku pasal berita ni. Iyelah, masa ni umur aku masih awal remaja dan boleh dikatakan macam kanak-kanak lagi. Manja tak usah dicakap la kan.

Dua hari lepas tu aku jumpa dengan Adam. Jiwa masa tu macam nak memberontak je sebab last minit baru aku tahu yang dia akan fly minggu depan. Dan itu pun daripada Mummy. Sedangkan Mama aku pun dah tahu lebih awal.

"Ermm dengar kata Awak nak fly next week. Betul ke?" tanyaku walaupun aku dah tahu.

"A'ah." pendek je dia jawab.

"Ok!" itu je yang cakap dan dalam masa yang sama untuk menunjukkan yang aku merajuk dengan dia. Senyuman palsu aku tampalkan kat muka. Walaupun dalam hati dah rasa nak menangis.

Dia pandang aku lama-lama. Ni yang aku tak suka! Dia tahu kelemahan aku bila kena tenung macam tu, semua kepura-puraan aku akan terbongkar. Aku benci! Lama-kelamaan mengalirlah air mata yang aku simpan tadi. Dan Adam apalagi, menggelabah la.

"Ok-ok. Awak, saya mintak maaf sangat sebab tak bagitahu awak awal-awal pasal benda ni. Saya tak tahu nak bagitahu awak macam mana dan takut awak tak boleh nak terima. Macam sekarang ni lah, akhirnya awak akan menangis dan saya la penyebabnya."

"Tapi awak patut bagitahu saya awal-awal. Ini tak, akhirnya Mummy yang sampaikan berita ni kat saya. Saya sedih tahu? Awak akan pergi jauh dan bertahun-tahun saya takleh jumpa awak." Tersedu-sedan aku bercakap.

"Ok, i'm so sorry k awak? Please jangan nangis lagi k." pujuk Adam

"Nanti kalau saya rindu kat awak macam mana? Nanti kalau awak pergi sana and jumpa and tersangkut kat awek-awek yang awak jumpa kat sana macam mana? Nanti saya ni macam mana?" Huhu soalan bodoh sangat yang aku tanya kat Adam masa ni. Almaklum la tengah tak berapa nak mature lagi. Huhuhu

Adam apalagi, tersenyum sumbing la dia. Dah aku tanya soalan macam tu. Walaupun dia tak tunjuk depan aku tapi aku confirm nilah reaksi dia sebenarnya. Arghh malunya aku!

"Awak, InsyaAllah semua tu takkan berlaku kecuali yang part awak rindu saya tu. Sebab yang part tu memang confirm la awak akan rindu kat saya." Haha sempat lagi Adam ni kenakan aku yang macam budak-budak ni. Ceitttt!

"Habis, kalau saya rindu kat awak macam mana?" tanya lagi? Huhuhu

"Hehehe, nanti kalau awak rindu kat saya, awak peluk la SiKemek and lepas tu saya mesti call awak k." Janji Adam pada aku.

Aku yang masih tak berapa nak mature ni terus je terima dan percaya dengan janji Adam tu.

Hari Adam akan fly, aku pergi jugak ke KLIA setelah dipujuk oleh Mama walaupun aku tak sanggup sebenarnya melihat Adam pergi meninggalkan aku. Aku takut aku akan kehilangannya. Aku hanya memandang adam tanpa bercakap apa-apa.

Terlintas di fikiran aku kata-kata Mama semalam semasa memujuk aku untuk turut sama menghantar Adam di KLIA.

"Kak Awen, pernah dengar tak, orang cakap kalau kita sayangkan seseorang kita akan lepaskan dia pergi asalkan kita dapat buat dia gembira. Kalau dia datang semula kepada kita, dia memang jodoh kita. Tapi kalau dia tak datang, itu bermakna dia bukan jodoh kita."

"Tapi Kak Awen takut dan tak sanggup nak lepaskan dia Ma. Kak Awen tak nak kehilangan dia. Mesti ramai pompuan yang dia jumpa kat sana dan bagus-bagus."

"Kalau macam tu, Kak Awen kena yakin la. InsyaAllah, kalau dia memang jodoh Kak Awen terbang ke mana pun dia tetap milik Kak Awen k." tak putus asa Mama menasihati aku.

Sebelum masuk ke tempat pelepasan, sempat Adam sampaikan pesanan dekat aku...

"Awak, saya pasti akan kembali nanti. InsyaAllah. Saya sayang awak."

Hampir menitis air mata aku saat mendengar ucapan Adam masa tu. Tapi aku tahan air mataku dari jatuh dan dapat dilihat oleh Adam. Aku tak nak melepaskan Adam dengan air mataku. Biarlah aku melepaskannya dengan gembira... Aku sayangkannya.

Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih setia menunggunya tanpa jemu...


Sekarang masih menunggu sebab dia selalu terbang bawak orang travel around the world la pulak. Huhuhu nasib diri la selalu menunggu.... ;p

By: Awenazri

6 comments:

iryns said...

touching meyh..sbrlah yea..trbg ke mn pon if die da ttulis tuk kamu, die ttp milik kamu..
byk kan bdoa ye dik..

awenazri said...

iryns, yup sabar n doa tu penting kan... walau apa pun yang berlaku kena la terima...huhuhuu

Admin said...

sob..sob..boleh buat Sinetron ni..

awenazri said...

layli, huhu sinetron selalunya amik masa yg lama, so kne sinetron ni kne tnggu sampai ke tua la...kikikii ;P

wanimohd said...

hehe...so sweet tol citer awen ni tau..xtau pn..pndai sorok citer..tpi mcm pnh dgr nm adam ni..

awenazri said...

huhuhu, penah dengar ke? Time matrix dlu awen ade tersebut pasal adam ke?? huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...