template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)

Friday, October 29, 2010

akhirnya...,

fuh, LEGA..itulah ungkapan terbaek buat mse ni...

tanggal 26 Oktober lps, 9pm berlangsunglah MALAM SENI KINABALU bg fasa pertama slps ditunda bbrpe kali. mlm ni semua kelab & persatuan seni kt kolej ni perlu buat performance. siap ade judges lagi tu. sume warga kolej dialu-alukan tuk trun ke dewan mkn menyaksikan kami semua bdk-bdk seni. huhuhuhu

aku dari petang lg dah mula CUAK. haishh perasaan ni mmg dh xbleh nk elak lagi dh. kali ni aku jd pengarah tuk kelab drama kolej. besar tanggungjawab ni sbenarnye. aku terima seadanye dan sebagai mengutip pengalaman-pengalaman berharga sepanjang bergelar mahasiswi UM ni. untuk mlm kesenian ni, aku jadi pengarah tuk sebuah drama@lakonan bertajuk 'SEHENING TAKBIR'.

mengisahkan sebuah keluarga miskin yang tinggal di peruk desa. si ibu mengandung (zee), si ayah penoreh & nelayan (yusof), si anak lelaki1 yg baik (izwan), si anak perempuan yg mengada-ngada (intan), si anak lelaki2 yg biadap (azri), k.nor si tukang jahit (syafiqah), abg mail org kampung (aqmal) dan ah chong tauke cina (loke). xlupa juga kpd pembantu-pembantu yg memberi bantuan ketika lakonan berlangsung: ery (musicman), lisa & emmi (lightingwomen), ieda (sm).

haha..mmg kalut gile aku kat belakang pentas menguruskan pelakon-pelakon untuk setiap babak dan juga menguruskan prop-prop yg ternyata kurang mencukupi. pengalaman berharga bila aku melatih dan menguruskan mereka tanpa bantuan dari jurulatih atau org yg lebih berpengalaman. walaupun kami tak menang hamper pd malam tu, xpe sbb mlm tu menjadi platform untuk kami terus melangkah ke hadapan.

so, skrg focus aku adalah tuk STUDY!! exam final dah hampir dah ni...huhuhu cuak balik bila ingt pasal exam. sem ni mesti lebih baek dari dua sem sblum ni. MESTI!!
okehhh, pack barang tuk balik umah petang ni dah siap. tunggu masa je tuk berangkat pulang. hehehe huhuhu padahal aku baru je blik 2 minggu lepas. hahhaha

lalaawen...,

Saturday, October 23, 2010

menyampah dah dengan dia ni...

entry mlm ni laen dari yg slalu...ianya lebih kpd luahan ketidakpuasan hati terhadap seorang!!

aku agak aku dh xtahan lagi dgn perangai die. suka menunjuk-nunjuk dirinya walhal sepanjang aku berada d sisi die, tiada langsung kelebihan yg sering dbanggakan itu aku lihat. aku kira die ni seorang yg xmahu mengaku kalah. tapi kadang-kala perangai macam ni perlu melihat kepada keadaan persekitaran kita. jgn nak main terjah secara melulu.
satu lagi perangai die yg aku xsuka, die ni jenis yg minat ramai laki. semua dceritakan kat aku. bukan aku xnak layan tapi aku xgemar tuk layan bende-benda macam ni. bagi aku, ape yg dapat aku rumuskan dari cerita-cerita die, die adalah seorang yg perasan. die perasan dirinya dkejar ramai lelaki. semua lelaki dlayannye. aku bukan nakmemburuk-burukkan dirinya, tapi aku kira xsepatutnya die terhegeh sebegitu untuk mendapatkan perhatian lelaki. memang aku akui yang dia seorang yang peramah tapi perlulah juga ada batasannya. selalu juga aku lihat die bergurau sehingga tangan yang dua itu merayap tuk memukul dan mencubit si lelaki. mula-mula aku melihatnya, aku tergamam!! selama aku bersekolah sehingga ke matrikulasi, tidak ade babak seperti ini. mungkin juga kerana aku bersekolah di sekolah perempuan dan d matrikulasi, kami para pelajar masih lagi terikat dgn peraturan yg ketat, yang menjarakkan hubungan antara adam & hawa. lagipun die dbesarkan d tempat yg aku kira sosialnya agak tinggi, jadi xhairanlah lagi. aku xmahu membangkitkan lagi isu ini. biarlah berakhir aje d sini. satu lagi perangai die yang aku dpt kesan ialah, die seorang yg jeles.. jeles jika aku membicarakan tentang lelaki, family and even kerjaya. sehingga kan aku xmahu lagi menyentuh berkaitan lelaki d hadapan die. seboleh-bolehnye aku akan melencong ke tempat lain. bila dfikir-fikirkan die ni mcm da sangap sgt nk berboifrend...biar jelah die dengan perangai die, harapanku die akan berubah suatu hari nt.

luahan hati,
adamawen..

Monday, October 18, 2010

~pandanglah saya walau sekejap cuma~


Di saat-saat akhir sem seperti skrg ni, kesibukan adalah TEMAN yg xdpt dpisahkan lg. Ianya bagai aur dan tebing, bagai irama dan lagu yg xboleh diceraikan oleh sesiapa jua. Sama seperti aku yg mana menjadikan hari-hari ku sebagai hari 'DATING' dengan kerja-kerja yg diberi oleh pensyarah. hati sentiasa memberontak memarahi pensyarah-pensyarah yg tersangat lah suka membebankan student-studentnye dengan bermacam assignment. sampaikan aku tiada masa untuk dihabiskan di luar..!! arghhhh..

terukkan kan aku ni. tapi bila aku fikir-fikirkan balik, xpatut seseorang pelajar tu memberontak sebabnya sudah menjadi tanggungjawab pelajar tu untuk belajar. hahaha
kalau x ape guna kte bertungkus lumus tuk sambung blajar di menara gading. kn3x. ;p

kerja-kerja yg menimbun ni seakan MERAGUT kegembiraan di hati dan senyuman di bibir. payah benar nk tgk senyumanku yg menawan ni..ahakkkkss. hehe..kirenye sesape yg ternampak senyuman ak ni beruntung sesangat la...hahhaha sengallll!!

haaa...akan tetapi, dalam kesibukan yg menggunung ni...aktiviti bersosial di ruangan sosial FACEBOOK xpenah dtinggalkan...huhu ape sebabnye aku sendri pn xtau. nk kata chat ng kwn2 kt fb tu xde la pulak. sebabnye ak sndr yg OFFLINE kan aku pnye chat. ;p
yg pasti sejak dua menjak ni, ble aku bkak fb je, aku mst melawat profile sorg guy ni mr.R..hehehe reasonnye adelah AKU TATAU!! wlaupn xleh tgk muka die pn xpela sbb die xsuke bergmbar (tapi kdg2 rse frust gak la sbb xde pic..kihkihkih). haaa..lg stu die pn suke OFF kan chat kalo die on9 fb..adehhhhh lg skali aku frust.

Ape nk jadi la ng aku skrg ni.. macam dh ADDICTED lak ng die ni. yg klakarnye, ble tbe2 ak on kan chat aku n tgk status chat die kaler HIJAU, dgn sendirinya aku GUMBIRA sgt!! xtau xtau nape~
cehhh padahal aku jek yg lebih2. die xrse pape pOn (!_!)..bukti: die bknnye nk chat ng aku pn..(kuang kuang kuang) huhu mmg SAH la aku ni 'SYOK SENDIRI'.,ngeee~~

Dalam pada masa yg sama, aku dpt tau dirinya telah diminati orang!! yg lagi menyentuh jiwa tu bila org tu aku KENAL dan rapat la jgk..uwaaaaaa~ (!__!)
bkn sorang pulak tu. adehhhhhh
dan lg parah ble ORANG-ORANG (pompuan) tu duk meluahkan isi hati dorang!

Dorang siap berperang mulut untuk memiliki awak tau. waaaa.. bangganye awak kan!
hmmm..pada mulanya saya ingtkn org laen tp meleset lak sangkaan saya tu..huhu
xpe2 saya xkesah (AIMAN kn XKESAH!!) haha
ni sume dah berlalu k...biar je lah kan.

isnin: maka bermula la balik jadual class yg menyeksa jiwa raga ni. tp ape nk buat, tuk dapatkan segulung ijazah bertebaranlah sume cucu cicit ADAM & HAWA menuju ke clas. adoiii ble g clas fikiran kembali tenat ng keje yg xsiap2..susah kot!
tp....selang beberapa jam, xsemena-mena terserempak lak ng awk mr.R.. dah la ramai mse tu, adoiiii dah la saya ni pemalu orgnye. kihkihkih (^.^)

tbe2 je muka masam bertuka mnjadi semanis gula. haha sampai kt dlm sy duk senyum sorang2! nasib xde org perasan..xtau nape rse gumbira sgttttttt.

tp sayangnye perasaan tu xlama. juz singgah sekejap je dalam diari idup sy hr ni.
Nak tau sebabnye knape???????
Sebabnya, lpas bberapa jam sy ternampak awk smula..mulanye tu sy berdebar gle n xmo awk nmpak sy kt situ. sy xnk awk dtg dduk dkt sy. bkn ape, sy cuma xtau cner nk tegur awk nt. sy juz akan jadi SESEMPOI mungkin kalo kwn2 sy ade bersme ng sy. kalo x, sy rse sy akan jd senyap cm TIANG.huhuhu

dalam sy tgh berdebar tu, sy pandang tempat laen konon2nye xsedar kehadiran awk kt situ la..
tp ape yg sy nampak lpas tu amat menjeleskan sy. rupenye, awk xberseorangan. awk bersme ng orang tu. tbe2 hati ni jd sedih sesedihnye...tacinggg sgt mse tu.
kecewa smpai sy pujuk hati tuk pasrah je la. dlm seminit lpas tu awk ng die hilang dr pandangan sy...sy tercari-cari tp smpai sudah xjmpe2.. sob3x

ermmm..nk wt cner, awk dh pegi ng die...bubye awk~~~
tp sebelum tu, PANDANGLAH SAYA WLAU TUK SEKEJAP CUMA....

adios;
LALAAWEN

Tuesday, October 12, 2010

daddy's rules...haha



10 peraturan bapa kepada teman lelaki anak perempuannya


Kepada Bf anak aku,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg sengaja menakutkan, Bapak Kepada Gf ko.

~lulaawen@adam~

Thursday, October 7, 2010

~fall in love~

Ku menatap dalam kelam.
Tiada yang bisa kulihat.
Selain hanya namaMu, ya Allah.

Esok ataukah nanti.
Ampuni semua salahku.
Lindungi aku dari.
Segala fitnah.

Kau tempatku meminta.
Kau beriku bahagia.
Jadikan aku selamanya.
HambaMu yang selalu bertaubat.

Ampuniku ya Allah.
Yang sering melupakanMu.
Saat Kau limpahkan karuniaMu.
Dalam sunyi aku bersujud.

Esok ataukah nanti.
Ampuni semua salahku.
Lindungi aku dari.
Segala fitnah.

Kau tempatku meminta.
Kau beriku bahagia.
Jadikan aku selamanya.
HambaMu yang selalu bertaubat.

Ampuniku ya Allah.
Yang sering melupakanMu.
Saat Kau limpahkan karuniaMu.
Dalam sunyi aku bersujud.

Kau tempatku meminta.
Kau beriku bahagia.
Jadikan aku selamanya.
HambaMu yang selalu bertaubat.

Ampuniku ya Allah.
Yang sering melupakanMu.
Saat Kau limpahkan karuniaMu.
Dalam sunyi aku bersujud.
PadaMu.

Ooo….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...