template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)

Wednesday, March 30, 2011

AWAS!! Kaum Hawa Perlu Tahu

Assalamualaikum (tak jawab berdosa tau. Hehe)

Sedang Cik Kemek Facebook Walking tadi @ Blog Walking jugak, terbaca la satu entry ni kat gelakje.com. Sebenarnya dah lama dah Cik Kemek tahu pasal ni. Kalau tak silap, P.Muda @ Pak Sedara Cik Kemek yang bagitahu dulu.

Peringatan yang sangat berguna buat Kaum Hawa especially. Ini semua pasal cermin. Memang tak dapat dinafikan yang Kaum Hawa ni sangat la suka kalau dapat tengok cermin kan. Siap boleh pose-pose ambik gambar lagi depan cermin kan.
Haaa tapi AWAS kaum Hawa sekalian!!

Disebabkan cermin itu juga dapat meranapkan seluruh kegembiraan dan kehidupan kamu. So, Cik Kemek ada banyak kerja nak buat sekarang ni. Apa kata korang semua baca la sendiri entry ni yang Cik Kemek baca dari gelakje.com
Layannnnnn...

ANDA TIDAK KESEORANGAN!! AWAS!!

Berhati-hatilah, khususnya buat kaum Hawa sebab korang mungkin sedang diperhatikan ketika menggunakan cermin yang tergantung di tempat-tempat awam seperti tandas awam, bilik hotel, mahupun fitting room..

Apa perasaan korang jika tengah-tengah syok menukar pakaian ataupun apa-apa saja yang korang sedang buat, ada seseorang yang tak dikenali sedang syok jugak memerhatikan korang. Tanpa korang sedari disebelah cermin sana! Mesti tak terkata kan? Yelah, kalau ada orang tak dikenali perhatikan kita time-time biasa pun kita akan rasa semacam je kan. Time tu mula la blushing segala muka kita kan.
Inikan pula disebalah cermin yang kita tak sedar kewujudannya. Tambah gawat bila aksi kita dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia.. Adoyai gimana sih??

Jadi, kita perlu pastikan betul-betul cermin yang digunakan tu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah. Cik Kemek pun sekarang ni kalau masuk fitting room selalu check dulu cermin yang disediakan tu. Huhuhu serammmmm....

Ok, mari Cik Kemek ceritakan serba sedikit pasal cermin-cermin ni. Sila la ambik buku catatan dan catat apa yang Cik Kemek yang cakap ni k. ;P

Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan cermin 2 arah adalah cermin yang orang dibelakang cermin tu boleh melihat kita, tetapi kita tak dapat melihat mereka.

PERHATIKAN GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH YE...


Ini cermin 2 hala.
Nak tahu macam mana cermin 2 hala? Bila korang letak jari macam kat dalam gambar, hujung kuku korang akan nampak bertemu dan tiada ruang antaranya jari dan jugak imbasan jari.
So, AWAS! SESEORANG MUNGKIN SEDANG MEMERHATIKAN KAMU!!


Ini cermin biasa.
Cermin yang korang guna dalam bilik untuk menconteng segala jenis debu kat muka. Cermin yang korang guna untuk picit jerawat. Hahaha ;P
Cermin ini bila korang letak jari macam dalam gambar, hujung kuku dan imbasannya akan ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau korang tekan kuat sampai pecah cermin.
So, selamat untuk digunakan dalam apa jua keadaan.

Pesanan yang Cik Kemek boleh bagi ialah berhati-hatilah kawan-kawan blog sekalian terutamanya kepada Kaum Hawa la kan. Kaum Adam kira still consider ok lagi. Hehehe
Bila nak guna cermin awam je, check dulu conditionnya seperti di atas tu ye. Almaklumlah dunia sekarang ni, macam-macam boleh berlaku. Technology is evolve from time to time. Huhuhu

Oklah, apa-apa pun selamat beramal...Hehehe ;)

By: Awenazri

Sunday, March 27, 2011

JUARA FESTAKA 2011


LAGU MALAM PENGANTIN

Memang seronok
Pengantin baru
Masuk ke kamar
Kuncikan pintu

Oranglah lain tak bolehlah tahu
Hanyalah dia hai saja yang tahu

Memang seronok
Pengantin baru
Malam pertama
Malu-malu

Malam kedua padamkan lampu
Malam ketiga hai tak boleh tahu

Riwayat tu dah
Berakhir sudah
Malam pertama
Kenangan indah

Walau sekejap tak boleh berpisah
Pagi dan petang hai rambutnya basah

Memang seronok
Pengantin baru
Bertentang muka
Malu-malu

Lambat rasanya siang berlalu
Menunggu malam hai masuk beradu

Oleh:
SK SG. BUMBUN (B)

Anjuran:
FESTIVAL TARI KANAK-KANAK (FESTAKA) 2011
KOLEJ KEDIAMAN KINABALU
UNIVERSITI MALAYA

Sunday, March 20, 2011

Jatuh Cinta Dengan Lah Ahmad!!

Jatuh Cinta kat Lah Ahmad???
Nak Lah Ahmad????
Nak Kahwin Dengan Lah Ahmad???
&
Nak Mampus Kena Kejar Dengan Bini Lah Ahmad???
Hhuhuuuhu.....


Uishhhhh tak pasal-pasal nanti aku kena kejar dengan bini Lah Ahmad!!
(Tapi betul ke Lah dah kawin? Aku tak sure pon. Just main terjah je ni) ;P
Kepada sesiapa saja yang baca atau terbaca entry Cik Kemek ni,
jangan cepat melenting k kalau pun nak marah Cik Kemek sebab terjatuh cinta dengan Lah
Baca dulu entry ni sampai ke titik noktah terakhir...


Bukan niatku untuk memecah-belahkan rumah tangga orang k (kalau rumah korang ada tangga la kan) Hehehe. Tapi memang tiba-tiba rasa terjatuh pulak cinta dengan Lah ni. Kikikiiii ;p
To Adam: Awak, saya dah jatuh cinta kat orang lain! Saya dah menduakan awak! Hahaha ;p


Semalam tiba-tiba je Lah Ahmad call Cik Kemek dan nyanyi lagu ADINDA untuk Cik Kemek. Huhuhuu terharunyaaaaaaaa tapi kat YOUTUBE jelah. Hahahahhaha (sengal betul kan Cik Kemek ni. Perasaan tak habis-habis!) Kalau Adam baca entry ni confirm kena sakat 40 hari 40 malam ni. Hehehehe ;p


Meresap ke dalam hati betul bila dengar lagu Adinda semalam sebelum tidur. Tak pasal-pasal jadi makin rindu kat Adam. Dah lama tak dengar Awak nyanyi untuk Saya, Adam. Bila nak balik Malaysia ni awak?? Rindu nak suruh awak belanja MAKAN!! Hehehe ;) (tak habis-habis dengan makan kan. Dah hobi....)


Incik Adam, teringat time awak nyanyi lagu I'm Yours dulu. Huhuhu rindu laaa... Walaupun suara awak macammmm... katak panggil hujan kot hehehe, tapi takpe saya sanggup tadah air hujan demi nak suruh awak nyanyi untuk saya. ;p
Suaramu tetap menjadi pojaan hatiku... Cewahhh gitu!!

(Pic ni hanyalah rekaan semata-mata. tak boleh jadikan rujukan pon.)


Tapi kali ni saya nak suruh awak nyanyi lagu ADINDA la pulak. So, practice sampai perfect ok? Kalau takde masa nak practice, practice time awak tengah pandu kapal terbang tu. Hehe tapi perlahan je tau, nanti ade pulak awek dalam kapal terbang tu jatuh cinta dengan suara awak yang tak berapa sedap tu. Nanti tak pasal-pasal awak kena kejar dek awek tu and saya pulak kejar dengan penyapu si awek tu. Hahahaha


Kepada bloggers yang tak tahu lagu Adinda ni, nah Cik Kemek sediakan link untuk dengar lagu ni.
Klik DI SINI

By: Awenazri

Saturday, March 19, 2011

Kredit To JPA

Akhirnya hari ni sempurna jugak pencarian baju dinner untuk Cik Kemek. Hihi :D
Setelah sehari suntuk keluar mencari dan sempat tawaf beberapa kali kedai-kedai baju yang ada kat Kuala Lumpur ni (lokasi hari ni Masjid Jamek n KL Central) akhirnya dapat jugak la Cik Kemek cekau sepasang baju untuk dinner malam esok. Hahaha

Sebelum dapat buat keputusan nak membeli tu pun, puas Cik Kemek call kakak untuk mintak pandangan diorang. Yelah sebab selalunya kalau keluar membeli-belah mesti diorang ada sama. Diorang ni macam perunding imej Cik Kemek la (konon-kononnya la) Hahahaha.

Hari ni Cik Kemek keluar dengan BFF (Si Galah nama samaran untuk BFF ni) Hehehe. Puas kami terokai kedai-kedai tadi sampai naik lenguh kaki ni. Tambah pulak tengah syok duk jalan-jalan hujan lebat pulak. Hujan sekarang ni bahaya sebab kan ada peringatan pasal hujan acid kesan daripada tsunami kat Jepun hari tu. Kalau kena hujan boleh dapat cancer or rambut gugur tau. Huhuhu takutttttt.

Cik Kemek pun dah penat sangat ni. Tadi pun dah terlelap before Maghrib. Sekarang ni nak kena study pulak coz next week ada test and quiz. Assignment pun berlambak lagi tak siap. Huhuhuhu

Pape pun Cik Kemek KREDIT TO JPA coz baju dinner ni jpa yang sponsor k. lalalalala (padahal takde pun dalam surat jpa suruh beli baju untuk dinner. kikikiii ;P)
I HEART U lah jpa!!! Hihihihi

My BFF


Cik Kemek@Cik Limah


Pic untuk hari ni kredit to hp Sony Ericsson
By: Awenazri

Friday, March 18, 2011

::Jika Sayang::

Orang tua selalu cakap, kalau kita sayangkan seseorang tu, kita akan sanggup lepaskan dia untuk melihat dia bahagia walaupun kita terpaksa menelan derita. Dan jika selepas itu dia kembali kepada kita bermakna dia memang tercipta untuk kita. Dan jika dia tidak kembali kepada kita itu bermakna dia bukan jodoh yang kita nanti-nantikan. Akan tetapi persoalannya, bolehkah kita menerima seadanya dan melepaskan dia yang kita sayang tu pergi? Sanggupkah kita melihat dia yang kita sayang tu bersama orang lain?



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suatu ketika dulu, aku keluar makan bersama Mummy kepada Tuan SiKemek. Sudah lama kami tak berjumpa sebab mereka sekeluarga dah berpindah. Banyak yang kami berdua bualkan ketika tu. Bila difikirkan balik macam kena soal siasat dengan mak mertua la pulak. Yelah masa tu, aku just jawab apa yang Mummy tanya tanpa berbohong sedikit pun. Maklum la umur masih awal remaja. Tapi nasib baik Mummy sporting habis. Walaupun tahu banyak kelemahan diri aku yang aku sendiri bongkarkan, Mummy tetap cool je. Hahaha kalau orang lain maybe dah reject makwe anak lelaki dia yang macam aku ni.

Tengah syok berborak dan makan-makan, tiba-tiba Mummy bersuara...

"haa ermmm Awen, Mummy nak bagitahu sikit ni pasal Adam."

"Ooo apa dia Mummy? Kenapa dengan Adam?"

"Adam akan fly next week nanti."

"Ooo ok. Fly nak pergi bercuti kat mana kali ni Mummy?" tanyaku tanpa mengesyaki apa-apa sebab mereka sekeluarga memang suka pergi bercuti.

"Adam bukan nak pergi bercuti Awen. Adam akan continue his study in Australia."

Tercengang aku sekejap di depan Mummy. Tak tahu macam mana ekpresi muka aku masa tu. Macam terkejut pun ada jugak. Australia? Jauhnya...

"Jauhnya Mummy? Kenapa tak buat dekat Malaysia je? Kenapa Awen tak tahu pun?"

"Ermmm Adam sendiri yang tak nak Mummy bagitahu Awen. Dia nak cakap sendiri dekat Awen. Tapi itulah, sampai sekarang pun dia tak cakap-cakap lagi kat Awen. Mummy risau je and Mummy rasa Mummy patut bagitahu Awen tambah-tambah kalau Adam tak bersedia nak bagitahu Awen. Dia takut Awen tak dapat terima berita ni."

Panjang lebar Mummy terangkan kat aku pasal berita ni. Iyelah, masa ni umur aku masih awal remaja dan boleh dikatakan macam kanak-kanak lagi. Manja tak usah dicakap la kan.

Dua hari lepas tu aku jumpa dengan Adam. Jiwa masa tu macam nak memberontak je sebab last minit baru aku tahu yang dia akan fly minggu depan. Dan itu pun daripada Mummy. Sedangkan Mama aku pun dah tahu lebih awal.

"Ermm dengar kata Awak nak fly next week. Betul ke?" tanyaku walaupun aku dah tahu.

"A'ah." pendek je dia jawab.

"Ok!" itu je yang cakap dan dalam masa yang sama untuk menunjukkan yang aku merajuk dengan dia. Senyuman palsu aku tampalkan kat muka. Walaupun dalam hati dah rasa nak menangis.

Dia pandang aku lama-lama. Ni yang aku tak suka! Dia tahu kelemahan aku bila kena tenung macam tu, semua kepura-puraan aku akan terbongkar. Aku benci! Lama-kelamaan mengalirlah air mata yang aku simpan tadi. Dan Adam apalagi, menggelabah la.

"Ok-ok. Awak, saya mintak maaf sangat sebab tak bagitahu awak awal-awal pasal benda ni. Saya tak tahu nak bagitahu awak macam mana dan takut awak tak boleh nak terima. Macam sekarang ni lah, akhirnya awak akan menangis dan saya la penyebabnya."

"Tapi awak patut bagitahu saya awal-awal. Ini tak, akhirnya Mummy yang sampaikan berita ni kat saya. Saya sedih tahu? Awak akan pergi jauh dan bertahun-tahun saya takleh jumpa awak." Tersedu-sedan aku bercakap.

"Ok, i'm so sorry k awak? Please jangan nangis lagi k." pujuk Adam

"Nanti kalau saya rindu kat awak macam mana? Nanti kalau awak pergi sana and jumpa and tersangkut kat awek-awek yang awak jumpa kat sana macam mana? Nanti saya ni macam mana?" Huhu soalan bodoh sangat yang aku tanya kat Adam masa ni. Almaklum la tengah tak berapa nak mature lagi. Huhuhu

Adam apalagi, tersenyum sumbing la dia. Dah aku tanya soalan macam tu. Walaupun dia tak tunjuk depan aku tapi aku confirm nilah reaksi dia sebenarnya. Arghh malunya aku!

"Awak, InsyaAllah semua tu takkan berlaku kecuali yang part awak rindu saya tu. Sebab yang part tu memang confirm la awak akan rindu kat saya." Haha sempat lagi Adam ni kenakan aku yang macam budak-budak ni. Ceitttt!

"Habis, kalau saya rindu kat awak macam mana?" tanya lagi? Huhuhu

"Hehehe, nanti kalau awak rindu kat saya, awak peluk la SiKemek and lepas tu saya mesti call awak k." Janji Adam pada aku.

Aku yang masih tak berapa nak mature ni terus je terima dan percaya dengan janji Adam tu.

Hari Adam akan fly, aku pergi jugak ke KLIA setelah dipujuk oleh Mama walaupun aku tak sanggup sebenarnya melihat Adam pergi meninggalkan aku. Aku takut aku akan kehilangannya. Aku hanya memandang adam tanpa bercakap apa-apa.

Terlintas di fikiran aku kata-kata Mama semalam semasa memujuk aku untuk turut sama menghantar Adam di KLIA.

"Kak Awen, pernah dengar tak, orang cakap kalau kita sayangkan seseorang kita akan lepaskan dia pergi asalkan kita dapat buat dia gembira. Kalau dia datang semula kepada kita, dia memang jodoh kita. Tapi kalau dia tak datang, itu bermakna dia bukan jodoh kita."

"Tapi Kak Awen takut dan tak sanggup nak lepaskan dia Ma. Kak Awen tak nak kehilangan dia. Mesti ramai pompuan yang dia jumpa kat sana dan bagus-bagus."

"Kalau macam tu, Kak Awen kena yakin la. InsyaAllah, kalau dia memang jodoh Kak Awen terbang ke mana pun dia tetap milik Kak Awen k." tak putus asa Mama menasihati aku.

Sebelum masuk ke tempat pelepasan, sempat Adam sampaikan pesanan dekat aku...

"Awak, saya pasti akan kembali nanti. InsyaAllah. Saya sayang awak."

Hampir menitis air mata aku saat mendengar ucapan Adam masa tu. Tapi aku tahan air mataku dari jatuh dan dapat dilihat oleh Adam. Aku tak nak melepaskan Adam dengan air mataku. Biarlah aku melepaskannya dengan gembira... Aku sayangkannya.

Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih setia menunggunya tanpa jemu...


Sekarang masih menunggu sebab dia selalu terbang bawak orang travel around the world la pulak. Huhuhu nasib diri la selalu menunggu.... ;p

By: Awenazri

AKU 'TER'

Adohaiyaiiiiiiii...
Gini mana ni ya? Gua tengah kebingungan. Ngak tau perlu buat apa sih. Huhu
(Oppss apesal loghat Indon pulak yang terkeluar ni) :P


Entry ni sebenarnya disebabkan kecelaruan minda yang dialami oleh Cik Limah sekarang ni. Semuanya tak lain tak bukan sebab ada dinner kolej malam Ahad ni nanti.
Cik Limah TAKDE BAJU DINNER LAGIKKKK!!

So, Cik Limah TERBINGUNG, TERCENGANG, TERMENUNG, TERFIKIR, TERCONFIUS, TERSEDIH, TERASA TERBUANG dan yang sewaktu dengannya sekejap sama ada nak kua pegi beli or nak pinjam dari kawan or nak col auntie carikan baju. I hate the time when I can't make a simple mimple decison!! really hate it.

Kalau nak pegi beli boleh je kedai berlambak kat sini. Kedai yang belum dijelajah lagi untuk cari baju dinner ni TS, ALAMANDA, SOGO, KLCC n ada lagi la GERAI-GERAI PAK ABU di KL ni (Hahaha).

Tapi kalau nak keluar mesti la kena berteman kan? Cik Limah kan orang pompuan, mana boleh keluar sorang-sorang. Mama n Babah marah tau! Nak ajak kawan-kawan temankan tapi banyak pulak songeh diorang...

"No time la.."
"No money la.."
"No no no la..."

So, the final answer diorang sume xleh temankan Cik Limah la. Sob sob sob.... So, kawan-kawan blog Cik Limah ada tak yang sponsorkan diri untuk teman Cik Limah keluar hari ni or esk pagi. Huhuhuhu (cam terdesak sangat pulak Cik Limah ni)

Lagi satu cadangan, Cik Limah nak pinjam je dengan kawan-kawan, so money xkeluar n xpayah membazir. Alaaa lagipun nak pakai satu malam je xsampai pun 12 jam. Huhuhu
Tapi baju kawan-kawan Cik Limah semuanya xsesuai untuk Cik Limah yang comel kecik ni.

Haaa one more idea is ask my Neksu n Cik Ani. But there is one big problem la pulak. Huhuhu prob ni xleh nak cite kat blog. Peribadi punya! (cam lagi dari perogol bersiri lak gayanya)Hhahahaha tapi memang takut wey (takut incik Laut dah balik darat) Eh xpayah la cite kat sini, buat pening para pembaca je. Hihihihihi

So, apa solution yang perlu Cik Limah buat ni? Masa makin menghampiri ni... Karang ada jugak Cik Limah pakai jeans je pergi dinner kat Hotel Istana tu nanti. Hahahaha

Oooh terlupa pulak nak inform, tema dinner kali ni " FABULOUS FLORAL". So sesapa yang rasa nak bermurah hati nak bagi pinjam baju tuk Cik Limah sila la ye...
Hubungi no ni 01499999999 (conform xde orang jawab!) Hahahaha



* Tolong Cik Limah, bantu Cik Limah, Cik Limah anak Mama Babah.... :P

Wednesday, March 16, 2011

Perasaan Betol!!

Entry ni bermula bila seorang kawan Cik Kemek cakap
"Awen, ko ni makin kurus la. Dah la memang kurus!!"
Huahuahua tercengang la sekejap Cik Kemek di situ sambil meneliti inci tubuh. Aku kurus??? Yeke? (Ceh berlagak macam la before this penah jadi blue hypo) tapi, Kenapa aku rasa macam makin gemuk je. Yelah food lover lah katakan Cik Kemek ni. Hehehe lagipun sejak dua menjak ni memang kerja makan je. tambah pulak ada dinner kolej. Haaa lagilah bertambah makannye. Hehhee

Eh Eh terlama pulak Cik Kemek tercengang di situ ye. Haha lepas tu terus negatif thinking perform by Cik Kemek evil (ala yang selalu dalam cite tu, sorang warna putih, sorang warna hitam) datang berbisik. Apa si evil ni cakap tau...
"Jangan percaya. Diorang ni semua saja je puji ko sebab nak suruh ko makan lagi banyak. So that ko makin gemuk and diorang yang chubby tu akan jadi makin kurus compared dgn ko nanti" (fuh! panjang lebar si evil ni cakap).

Lepas tu terus Cik Kemek cakap kat kengkawan kat situ...
"Haaa apa? Kurus? Aku rasa makin gemuk adalah. Huhu"
and after that terus aku tinggalkan diorang sebab nak pegi print paperwork.
Sambil tu, mulut tersenyum je luas-luas. Hahaha
Dah orang puji kot!! Memang la tersenyum..kikikiiiii ;P

Hahaha begitu lah cite ni berakhir. Tak habis dgn senyum, Cik Kemek pegi depan cermin tilik badan. "Ermmm kurus ke? Aku rasa macam takde apa yang berubah pun. Sama je cam dulu-dulu." Huhuhu bila la nak jadi hyppo ni....

p/s: kepada kawan-kawan, kalau ada sesapa puji kamu kurus, awas!! betulkah kamu kurus atau pemuji tadi saja nak galakkan kamu untuk makan sampai tak ingat dunia (yelah sebab kamu dah kurus kan) dan dalam masa yang sama pemuji tu berusaha untuk kurus dari kamu. Akhirnya kamu akan jadi hyppo!! Hahahahaha
Fikiran jahat betol Cik Kemek hari ni...

By: Awenazri

Sunday, March 13, 2011

Award Tak Terduga

FOOTBALL FANTASY




12 Mac 2011 berlangsungnya Majlis Anugerah Kinabalu (MAK) Fasa 1 Sesi 2010/2011
Tema kali ni simple sesangat kan.
Yelah, pakai je jersi football yang diminati pastu habis cite.
Apa yang penting MAKAN!! Hahaha

So, semalam lepas keluar meletihkan tubuh badan kat Midvalley bersama geng senior (Drama Club) kitorang pun turun la kat Dewan Makan kolej, tempat berlangsungnye event MAK ni la. Aku apalagi dengan semangat yang tak berkobar-kobarnya (sebab penat g shopping) pakai jersi REAL MADRID! Club Football yang menjadi pujaan hatiku sekarang ni...Hehehe sebabnya tak lain xbukan sebab CHRISTIANO RONALDO (^_^)

Sebenarnya aku ade 2 pasang jersi bola. Malaysia and Real Madrid. Malaysia tu Angah (Cik Senah gelaran manja dia aku bagi) yang beli sempena dinner kolej aku ni la. Wahhh terharu gitu ade Angah yang macam ni. I love U Angah Cik Senah. Hehehe

Disebabkan BFF aku xjoin dinner semalam so die pun bagi la kupon makan die kat aku. Kiranya aku ada double kupon la. Then petang Jumaat lepas roomate aku pulak cakap die xjoin dinner tu and bagi kupon die kat roomate aku yang sorang lagi kak Suraya. Dan disebabkan kitorang (aku + geng senior) duduk bersama time dinner, bertambah-tambah la banyaknye kupon kitorang. Memang banyak sangat makanan kitorang berenam semalam. Sampai xlarat nak habiskan...kalau xpercaya sila la tengok pic-pic kat bawah ni...




Berbalik kepada tajuk utama iaitu "Award Tak Terduga". Last night, sorang kawan Cik Limah tiba-tiba mesej. Mesejnya berbunyi...
"Awen, anugerah kau semalam ada pada aku."
(sambil mulut ternganga) Haaa anugerah? Aku dapat anugerah ke semalam? Aisehmennn apesal la aku xdengar ni? (sambil tu mulut tersenyum sampai ke telinga) Adoii memang xpercaya dapat award jugak sem ni. Tahun lepas dapat sebab banyak sangat join projek kolej. Sem ni just 2 je aku join. Maybe sebab aku join Teater UM and aku jadi pelakon and aku TERCALON PELAKON PEMBANTU TERBAIK. Fuh! menyesal pulak xpergi ambik sendiri atas stage, kalau xmesti FEMES jap!! Hahahaha xleh blah betol (jgn jadi cmni ye kawan-kawan, Atuk cakap BERDOCAAAA) :P


Haaa memang simple kan dinner MAK fasa 1 sesi 2010/2011 ni. Kalau time Cik Limah dulu tema retro cam gempak jugak la sikit kan. Tapi bagus jugak sebab xyah nak susah-susah cari baju, just cari untuk fasa 2 nanti je tema FLORAL. Huhu sampai sekarang Cik Limah xdapat lagi baju yang sesuai. Nampaknya weekend ni kena merayau lagi la cari baju dinner.

* Cik Limah pun xtau lagi award ape yang Cik Limah dapat. Sebabnya kawan Cik Limah tu balik rumah lepas dinner malam tu. Nanti dah ambik award tu Cik Limah akan post pic dalam entry ni. Kepada peminat-peminat Cik Limah sabar ye. Hahahahha

By: Awenazri

::Cinta Penunggu Bas::


C.I.N.T.A


Hmmm bila difikir-fikir dan direnung-renung, terdetik di hati Cik Limah (ni nama timangan baru Cik Kemek. Dicipta oleh kakanda yang tercinta iaitu Cik Senah. Hahaa) yang mengatakan bahawasanya (skemanye ayat! Hahaha)
CINTA ITU SEPERTI KISAH SEORANG PENUNGGU BAS.
Kenapa Cik Limah rasa camtu ye???


Ok. Bagi nak memudah korang semua memahami entry Cik Limah kali ni, korang mesti bayangkan yang sekarang ni korang semua tengah duduk kat tempat tunggu bas. Ermm bagi sape-sape yang tak pernah naik bas tu, baik try buat aktiviti ni. Hahahaa


Perasan tak bila kita tengah tunggu bas, kita mesti memilih. Bila bas datang, kita akan tengok 'badan' bas tu and then komen
"Owhh buruknya bas ni. Mesti keadaan kat dalam lagi teruk and busuk. Tak nak lah naik. Baik tunggu bas lain..."
So, kita akan biarkan bas tu berlalu pergi camtu je.


Selang berapa minit lepas tu, muncul pulak bas kedua. Kita perhatikan bas tu jugak
"Alahhh ramainye orang dalam bas ni. Malaslah nak naik nanti mesti kena himpit pulak..."
So, kita biarkan jugak bas tu berlalu pergi meninggalkan kita.


Next, muncul la bas ketiga. Kita pun naik la bas tu
"Eiii buruknya keadaan dalam bas ni. Luaran ok tapi dalam buruk! Dah la air-cond rosak. Habis la nanti berpeluh and masam la baju aku ni..."
So, kita pun turun balik dari bas tu dan biarkan ia berlalu pergi.


Then muncul pulak bas lain. Tengah-tengah berbaris nak naik bas tu
"Eiii ada orang tak betul naik bas ni jugak la. Leceh la nanti kalau-kalau dia buat hal kat dalam bas. Hmmm baik aku takyah naik la daripada jadi apa-apa hal kat dalam bas ni nanti..."
So, kita pun tak jadi la nak naik bas tu and pergi duduk balik kat tempat menunggu.


Dah lama menunggu akhirnya kita pandang jam tangan. Dah lambat nak ke tempat yang dituju dan dalam masa yang sama muncul sebuah bas lain
"Alamak!! dah lambat ni. Ahhh naik jelah bas ni daripada aku lambat sampai and kena marah pulak nanti..."
So, kita pun naik la bas tu tanpa memikirkan perkara-perkara yang akan berlaku dan tanpa melihat papan tanda bas tersebut. Bila bas bergerak baru kita sedari perkara-perkara tu. Rupa-rupanya kita dah naik bas yang salah.


So, selama ni kita dah buang banyak masa menunggu akan bas yang sepatutnya. Tapi akhirnya kita tak dapat apa-apa pun. Lebih parah kalau sesuatu yang buruk pulak yang berlaku.


Jadi (dah banyak sangat so) sebagai manusia yang diberi akal untuk berfikir, fikirlah sebaik-baiknya dalam memilih dan membuat keputusan. Tak kira korang Adam atau Hawa.
Kiranya betul la kot Cik Limah rasa yang cinta itu macam kisah seorang penunggu bas.

Sekiranya kita tersalah naik bas, apalagi yang boleh dibuat? Tekan jelah loceng and turun dari bas tu. Then pilih la bas lain yang sesuai dan layak untuk kita.

By: awenazri

Wednesday, March 9, 2011

dunno why??



Ohhhh kenapa dengan cik kemek ni?
buang masa je..
padahal esok ade midtest
tapi cik kemek xde mood langsung nak study..
uwaaaaaaa
salah satu reasonnya
maybe sebab duk pikir esok nak balik umah ke x??
i hate the time when i can't make a SIMPLE DECISION!!!

it's totally waste my expensive time.
MAMA!! i miss u so muchhhh.
Babah tooo.

~awenazri~
mood: jiwa kacau [teringat kata-kata seorang kawan, ustaz ckp klau jiwa kacau, solutionnya adalah kawen!! haha]

Saturday, March 5, 2011

kehilangan!!

Disaat fikiran menjadi kosong sekosong kosongnya.
Percayalah bahawasanya saat itu satu nikmat telah ditarik oleh Ya Rabb dari diri kamu Wahai cucu Adam...!!
MasyaAllah, berfikir itupun satu nikmat yang Dia pinjam untuk kita.
Tanpa kita sedari ianya adalah antara nikmat yang kita guna setiap hari.
Bukan!! Tapi Setiap SAAT..

Disaat nikmat itu ditarik dari diri kita baru kita sedar akan kenikmatannya.
Selalunya bila dengar saja perkataan NIKMAT,
mungkin kita hanya terbayangkan makanan, duit, harta benda dan kemewahan.
Ya Allah, betapa jahilnya diri kita tentang ilmu ini.
("semakin banyak yang kita pelajari, barulah kita sedar akan jahilnya kita sebelumnya")

So, gunalah semua nikmat yang dipinjamkan kepada kita sebaik-baiknya.
Sebelum tempoh pinjamannya tamat suatu hari nanti.
Kerana pinjaman ini tak boleh di'renew' balik seperti pinjaman di dunia ini.

"Yang Sempurna itu datang dariNya, yang buruk itu sama-sama kita perbaiki"

~awenazri~
mood: tension buat kerja yang tak pernah habis!


Friday, March 4, 2011

Wahai Mama

Ya Tuhan,
rindunya kat keluargaku...
Kalau ikutkan perancangan awal [last week] aku akan balik rumah minggu ni.
Tapi last few days dapat tahu,
THIS WEEK takleh balik!!!
uwaaaaaa...

Terpaksalah sabarkan hati dulu.
And kalau dah tak tahan sangat,
next jumaat aku akan balik jugak!
[walaupun next week ade dinner fasa 1 kat kolej]
Huhuhu aku tak kisah pun kalau tak pergi dinner ok!
Family vs Dinner
Opcos FAMILY come first right?!

Suddenly dalam pukul 11pm tadi,
telefonku berbunyi.
Ade SMS yang masuk.
Rupanya sms dari ANGAH!!
yang berbunyi...,

"Awen, Mama rindu nak dengar suara Awen. Dah 2 hari tak dengar. Hehe"
[sebab aku busy dengan test@exam]
Tersenyum dan tersedih sekejap aku dibuatnya.
Yelah, baru je berapa minit aku duk terpikir kat Mama,
tup-tup rupanya
Mama pun duk pikir and rindu kat aku jugak.
Huhuhu

Inilah yang dikatakan
"NALURI SEORANG IBU".
Awen pun miss Mama too. So muchesssss!!
Apalagi, terus aku call and bergayut dengan Mama hampir sejam.

Terubat jugak rindu dendam jiwa raga ni dekat Mama.
Jugak dekat Abah. Susah sangat nak jumpa Abah sebab Abah kerja jauh.
Huhuhu...
Haha yang takleh blahnye,
Abah siap buat lawak lagi pasal...
"IKAN KELI" yang menggelikan tu.
Hahaha cayalah Abah!!

update family:
* Along tengah cuti sekarang, so Along ada kat rumah.
* Angah baru je jadi suri rumah sehabis masa. [suri la kononnye! ;p]
* Aera asyik giler beli buku untuk study. Opssss rajin bangat!
* Aeny tengah jadi usahawan berjaya buat masa ni. [cayalah Aeny! keep it up]
* Si Baby dua orang tu [Akim n Alia] sekarang ni suka bersiar-siar la pulak. Haha

By: Awenazri

Thursday, March 3, 2011

Hepi Besday Bulat!!


Hepi besday to my BFF Norhasmidah Harin aka Ieda!!
Ieda Harin
[belum belated lagi ea sebab belum pukul 12]


huhu...bulat kusayang, kamu sudah tua ok!?! Hehe (^.^)

I'll pray for success in whutever u r doing, in this Dunya and the also Hereafter..
May God bless ya..

knowing u is the one precious moment in my life!!
*friend forever ya*

p/s: kita celebrate next week k..insyaAllah [dengan si galah skali]

~awenazri~

Tuesday, March 1, 2011

.::blushing sekejap::.

Ohh aku rindu! Hanya itu yang mampu aku tafsirkan perasaanu buat masa ini.

"nanti kalau awak rindu kat saya, awak peluk la Nemo ni sambil tu awak sebut nama saya. mesti saya akan muncul lepas tu. Ok?"

Pesanan Si Dia suatu ketika dahulu sebelum terbang jauh menjengah memoriku. Sungguh, tika itu aku sekadar ketawa selepas mendengar pesanannya. Aku pandang remeh je. Macamlah anak patung ni mampu menghubungkan perasaan rindu antara dua orang yang jauh beribu-ribu batu dengan hanya memeluknya erat. Tetapi itulah yang terjadi kepada diriku ini. Setiap kali aku rindu akan dirinya, pasti sikemek ini akan menjadi mangsa pelukku. Kadang-kadang aku pernah bercakap dengan sikemek yang tak tahu apa-apa ni lagak aku sedang bercakap dengan tuannya. Hahaha. Kalaulah roomates aku tahu, pasti diorang cakap aku tak sihat dan sewel!

Aku tersenyum seorang diri sambil memeluk erat sikemek. Kurenung matanya yang hitam bulat.

"aku rindu sangat kat tuan kau kemek! rindu sangat!" luahku lagak sikemek memahaminya.

Dengan tiba-tiba skype ku menyala. Seperti ada seseorang menghantar mesej. Cepat-cepat aku buka tetingkap skype. Macam tak percaya bila Si Dia yang berada di sebelah sana. OMG!! Dia macam dapat dengar aku seru namanya tadi. Senyumku dah sampai ke telinga.

"Control sikit ok. Huhuhu" sempat aku pesan kat diri sendiri.

Kami saling berbalas salam dan bertanya khabar (cehh, macam formal pulak chat padahal selalunya tak pun). Patutlah dia dah lama tak online, sibuk bawak orang terbang. Dan aku pulak sibuk dengan study.

"hmmm awak panggil nama saya ea tadi?" haa dia dah mula soal siasat.

"erkk tak adalah. Buat apa saya nak panggil nama awak?" aku dah gelabah.

"yeke? Tapi saya macam dengar awak panggil saya je tadi. Awak rindu kat saya ea" still lagi duk soal siasat.

Alamak dia tahu ke? Dia ade letak cip ke dalam sikemek ni? Malu aku macam ni. Nasib baik chatting tak bukak camera. Fuhh nasib baik!!

"ehh awak ni, mana ada saya rindu kat awak pun. Memandai je cakap saya rindu awak ea. Entah-entah perempuan-perempuan cantik mana yang awak jumpa kat sana yang panggil nama awak. Yelah awak kan antara abang pilot yang hensem compare dengan kawan-kawan awak tu."

"haha terima kasih sebab puji saya hensem. Kalau saya hensem, awak jugak yang bertuah! Hehe. Tapikan tadi saya dengar orang panggil nama manja yang mummy saya je yang tahu termasuk awak. Huhuhu"

Opssss alamak. Macam mana aku boleh lupa yang nama tu aku dan mummy dia je yang tau. Kantoi laa...

"Hmm nape diam je? Takkan terlelap kot? Tapi maybe jugak sebab kat Malaysia sekarang dah pukul 2 pagi kan."

Ermmm ape aku nak jawab ni. Takkan nak mengaku pulak. Adoyaiii...

"Diam je? Saya tahu sekarang ni mesti awak dah blushing habis kan? Hahaha macam la saya tak tahu."

Alamak makin blushing aku. Huhhuhu...

"Oklah, saya tak usik dah. Please awak say something. So that i can have a big smile today."

"Ermmmm."

"At last."

"Ermm ok lah awak. Saya nak tido dulu la, tomorrow i have class. It's late already. Gud nite. Sweet dream."

"Ok. Miss u awak! Mimpi saya k"

"Ok. Miss" lepas tu terus aku offline. Kononnya malu laa.

Esoknya sebelum pergi class, aku hidupkan lappy dan secara automatik skype aku on. Ada satu mesej! Ermm from tuan sikemek laa.

"Miss u so muchesss! I know that u hug sikemek and call my name. I can feel it dear (^_^) kan saya yang suruh awak peluk sikemek tu!! Rugi tak dapat tengok muka awak yang blushing. Hehehe"

"We will meet when i reach Malaysia later k. Can't wait dear!!! Neway, TAKE CARE."

"p/s: nanti peluk la sikemek lagi k. Papai. Salam"

Ouhh aku hanya mampu tersenyum di pagi hari ni. Huhu tak pasal-pasal aku senyum je sepanjang hari. Thanks awak! (^_*)

~awenazri~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...