Ohh aku rindu! Hanya itu yang mampu aku tafsirkan perasaanu buat masa ini.
"nanti kalau awak rindu kat saya, awak peluk la Nemo ni sambil tu awak sebut nama saya. mesti saya akan muncul lepas tu. Ok?"
Pesanan Si Dia suatu ketika dahulu sebelum terbang jauh menjengah memoriku. Sungguh, tika itu aku sekadar ketawa selepas mendengar pesanannya. Aku pandang remeh je. Macamlah anak patung ni mampu menghubungkan perasaan rindu antara dua orang yang jauh beribu-ribu batu dengan hanya memeluknya erat. Tetapi itulah yang terjadi kepada diriku ini. Setiap kali aku rindu akan dirinya, pasti sikemek ini akan menjadi mangsa pelukku. Kadang-kadang aku pernah bercakap dengan sikemek yang tak tahu apa-apa ni lagak aku sedang bercakap dengan tuannya. Hahaha. Kalaulah roomates aku tahu, pasti diorang cakap aku tak sihat dan sewel!
Aku tersenyum seorang diri sambil memeluk erat sikemek. Kurenung matanya yang hitam bulat.
"aku rindu sangat kat tuan kau kemek! rindu sangat!" luahku lagak sikemek memahaminya.
Dengan tiba-tiba skype ku menyala. Seperti ada seseorang menghantar mesej. Cepat-cepat aku buka tetingkap skype. Macam tak percaya bila Si Dia yang berada di sebelah sana. OMG!! Dia macam dapat dengar aku seru namanya tadi. Senyumku dah sampai ke telinga.
"Control sikit ok. Huhuhu" sempat aku pesan kat diri sendiri.
Kami saling berbalas salam dan bertanya khabar (cehh, macam formal pulak chat padahal selalunya tak pun). Patutlah dia dah lama tak online, sibuk bawak orang terbang. Dan aku pulak sibuk dengan study.
"hmmm awak panggil nama saya ea tadi?" haa dia dah mula soal siasat.
"erkk tak adalah. Buat apa saya nak panggil nama awak?" aku dah gelabah.
"yeke? Tapi saya macam dengar awak panggil saya je tadi. Awak rindu kat saya ea" still lagi duk soal siasat.
Alamak dia tahu ke? Dia ade letak cip ke dalam sikemek ni? Malu aku macam ni. Nasib baik chatting tak bukak camera. Fuhh nasib baik!!
"ehh awak ni, mana ada saya rindu kat awak pun. Memandai je cakap saya rindu awak ea. Entah-entah perempuan-perempuan cantik mana yang awak jumpa kat sana yang panggil nama awak. Yelah awak kan antara abang pilot yang hensem compare dengan kawan-kawan awak tu."
"haha terima kasih sebab puji saya hensem. Kalau saya hensem, awak jugak yang bertuah! Hehe. Tapikan tadi saya dengar orang panggil nama manja yang mummy saya je yang tahu termasuk awak. Huhuhu"
Opssss alamak. Macam mana aku boleh lupa yang nama tu aku dan mummy dia je yang tau. Kantoi laa...
"Hmm nape diam je? Takkan terlelap kot? Tapi maybe jugak sebab kat Malaysia sekarang dah pukul 2 pagi kan."
Ermmm ape aku nak jawab ni. Takkan nak mengaku pulak. Adoyaiii...
"Diam je? Saya tahu sekarang ni mesti awak dah blushing habis kan? Hahaha macam la saya tak tahu."
Alamak makin blushing aku. Huhhuhu...
"Oklah, saya tak usik dah. Please awak say something. So that i can have a big smile today."
"Ermmmm."
"At last."
"Ermm ok lah awak. Saya nak tido dulu la, tomorrow i have class. It's late already. Gud nite. Sweet dream."
"Ok. Miss u awak! Mimpi saya k"
"Ok. Miss" lepas tu terus aku offline. Kononnya malu laa.
Esoknya sebelum pergi class, aku hidupkan lappy dan secara automatik skype aku on. Ada satu mesej! Ermm from tuan sikemek laa.
"Miss u so muchesss! I know that u hug sikemek and call my name. I can feel it dear (^_^) kan saya yang suruh awak peluk sikemek tu!! Rugi tak dapat tengok muka awak yang blushing. Hehehe"
"We will meet when i reach Malaysia later k. Can't wait dear!!! Neway, TAKE CARE."
"p/s: nanti peluk la sikemek lagi k. Papai. Salam"
Ouhh aku hanya mampu tersenyum di pagi hari ni. Huhu tak pasal-pasal aku senyum je sepanjang hari. Thanks awak! (^_*)
~awenazri~
No comments:
Post a Comment