template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)

Sunday, March 13, 2011

::Cinta Penunggu Bas::


C.I.N.T.A


Hmmm bila difikir-fikir dan direnung-renung, terdetik di hati Cik Limah (ni nama timangan baru Cik Kemek. Dicipta oleh kakanda yang tercinta iaitu Cik Senah. Hahaa) yang mengatakan bahawasanya (skemanye ayat! Hahaha)
CINTA ITU SEPERTI KISAH SEORANG PENUNGGU BAS.
Kenapa Cik Limah rasa camtu ye???


Ok. Bagi nak memudah korang semua memahami entry Cik Limah kali ni, korang mesti bayangkan yang sekarang ni korang semua tengah duduk kat tempat tunggu bas. Ermm bagi sape-sape yang tak pernah naik bas tu, baik try buat aktiviti ni. Hahahaa


Perasan tak bila kita tengah tunggu bas, kita mesti memilih. Bila bas datang, kita akan tengok 'badan' bas tu and then komen
"Owhh buruknya bas ni. Mesti keadaan kat dalam lagi teruk and busuk. Tak nak lah naik. Baik tunggu bas lain..."
So, kita akan biarkan bas tu berlalu pergi camtu je.


Selang berapa minit lepas tu, muncul pulak bas kedua. Kita perhatikan bas tu jugak
"Alahhh ramainye orang dalam bas ni. Malaslah nak naik nanti mesti kena himpit pulak..."
So, kita biarkan jugak bas tu berlalu pergi meninggalkan kita.


Next, muncul la bas ketiga. Kita pun naik la bas tu
"Eiii buruknya keadaan dalam bas ni. Luaran ok tapi dalam buruk! Dah la air-cond rosak. Habis la nanti berpeluh and masam la baju aku ni..."
So, kita pun turun balik dari bas tu dan biarkan ia berlalu pergi.


Then muncul pulak bas lain. Tengah-tengah berbaris nak naik bas tu
"Eiii ada orang tak betul naik bas ni jugak la. Leceh la nanti kalau-kalau dia buat hal kat dalam bas. Hmmm baik aku takyah naik la daripada jadi apa-apa hal kat dalam bas ni nanti..."
So, kita pun tak jadi la nak naik bas tu and pergi duduk balik kat tempat menunggu.


Dah lama menunggu akhirnya kita pandang jam tangan. Dah lambat nak ke tempat yang dituju dan dalam masa yang sama muncul sebuah bas lain
"Alamak!! dah lambat ni. Ahhh naik jelah bas ni daripada aku lambat sampai and kena marah pulak nanti..."
So, kita pun naik la bas tu tanpa memikirkan perkara-perkara yang akan berlaku dan tanpa melihat papan tanda bas tersebut. Bila bas bergerak baru kita sedari perkara-perkara tu. Rupa-rupanya kita dah naik bas yang salah.


So, selama ni kita dah buang banyak masa menunggu akan bas yang sepatutnya. Tapi akhirnya kita tak dapat apa-apa pun. Lebih parah kalau sesuatu yang buruk pulak yang berlaku.


Jadi (dah banyak sangat so) sebagai manusia yang diberi akal untuk berfikir, fikirlah sebaik-baiknya dalam memilih dan membuat keputusan. Tak kira korang Adam atau Hawa.
Kiranya betul la kot Cik Limah rasa yang cinta itu macam kisah seorang penunggu bas.

Sekiranya kita tersalah naik bas, apalagi yang boleh dibuat? Tekan jelah loceng and turun dari bas tu. Then pilih la bas lain yang sesuai dan layak untuk kita.

By: awenazri

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...