template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)

Sunday, March 13, 2011

Award Tak Terduga

FOOTBALL FANTASY




12 Mac 2011 berlangsungnya Majlis Anugerah Kinabalu (MAK) Fasa 1 Sesi 2010/2011
Tema kali ni simple sesangat kan.
Yelah, pakai je jersi football yang diminati pastu habis cite.
Apa yang penting MAKAN!! Hahaha

So, semalam lepas keluar meletihkan tubuh badan kat Midvalley bersama geng senior (Drama Club) kitorang pun turun la kat Dewan Makan kolej, tempat berlangsungnye event MAK ni la. Aku apalagi dengan semangat yang tak berkobar-kobarnya (sebab penat g shopping) pakai jersi REAL MADRID! Club Football yang menjadi pujaan hatiku sekarang ni...Hehehe sebabnya tak lain xbukan sebab CHRISTIANO RONALDO (^_^)

Sebenarnya aku ade 2 pasang jersi bola. Malaysia and Real Madrid. Malaysia tu Angah (Cik Senah gelaran manja dia aku bagi) yang beli sempena dinner kolej aku ni la. Wahhh terharu gitu ade Angah yang macam ni. I love U Angah Cik Senah. Hehehe

Disebabkan BFF aku xjoin dinner semalam so die pun bagi la kupon makan die kat aku. Kiranya aku ada double kupon la. Then petang Jumaat lepas roomate aku pulak cakap die xjoin dinner tu and bagi kupon die kat roomate aku yang sorang lagi kak Suraya. Dan disebabkan kitorang (aku + geng senior) duduk bersama time dinner, bertambah-tambah la banyaknye kupon kitorang. Memang banyak sangat makanan kitorang berenam semalam. Sampai xlarat nak habiskan...kalau xpercaya sila la tengok pic-pic kat bawah ni...




Berbalik kepada tajuk utama iaitu "Award Tak Terduga". Last night, sorang kawan Cik Limah tiba-tiba mesej. Mesejnya berbunyi...
"Awen, anugerah kau semalam ada pada aku."
(sambil mulut ternganga) Haaa anugerah? Aku dapat anugerah ke semalam? Aisehmennn apesal la aku xdengar ni? (sambil tu mulut tersenyum sampai ke telinga) Adoii memang xpercaya dapat award jugak sem ni. Tahun lepas dapat sebab banyak sangat join projek kolej. Sem ni just 2 je aku join. Maybe sebab aku join Teater UM and aku jadi pelakon and aku TERCALON PELAKON PEMBANTU TERBAIK. Fuh! menyesal pulak xpergi ambik sendiri atas stage, kalau xmesti FEMES jap!! Hahahaha xleh blah betol (jgn jadi cmni ye kawan-kawan, Atuk cakap BERDOCAAAA) :P


Haaa memang simple kan dinner MAK fasa 1 sesi 2010/2011 ni. Kalau time Cik Limah dulu tema retro cam gempak jugak la sikit kan. Tapi bagus jugak sebab xyah nak susah-susah cari baju, just cari untuk fasa 2 nanti je tema FLORAL. Huhu sampai sekarang Cik Limah xdapat lagi baju yang sesuai. Nampaknya weekend ni kena merayau lagi la cari baju dinner.

* Cik Limah pun xtau lagi award ape yang Cik Limah dapat. Sebabnya kawan Cik Limah tu balik rumah lepas dinner malam tu. Nanti dah ambik award tu Cik Limah akan post pic dalam entry ni. Kepada peminat-peminat Cik Limah sabar ye. Hahahahha

By: Awenazri

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...