template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)
Showing posts with label Mereka Adalah Sweet. Show all posts
Showing posts with label Mereka Adalah Sweet. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Jika aku tersentap, dia...???

Gambar selingan bersama Elhamz


Tatkala membaca entry dari ex-roomate ku, titisan-titisan jernih dengan sendirinya meluncur turun membasahi pipiku yang kudus. Lalu peristiwa suatu malam itu datang kembali, menjengah minda yang penuh dengan nota-nota untuk final exam.

"Macam mana Kak Su? Kak Aina duduk kat meja ni ke meja sebelah sana?" Aku bertanya tanpa sabar. Mungkin kerana ini adalah dinner pertama dan juga terakhir kami bersama.

"Entah la Awen. Kak Aina ng suami dia pindah duk semeja ng kita kot. Lagipun tadi diorang yang nak tukar tu dah setuju nak pindah sana." terang roomateku sem ni menerangkan.

Gembira dan teruja diriku saat melihat si ibu muda dan suaminya duduk semeja dengan aku dan kakak-kakak senior yang lain. Hanya aku seorang yang junior di antara mereka. Hehehe. Selepas tu mula upacara ambil gambar. Almaklum la aku dan senior-senior ni memang suka bergambar. Tambah-tambah si ibu muda ni. Huhuhu :P

Namun, ku sangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. Kegembiraan kami bagaikan direntap bila kehadiran mereka yang juga penghuni meja ini melepaskan kata-kata yang pedas dan panas. Yang aku kira tidak patut dikatakan buat si ibu muda yang mengandung (siapa lagi kalau bukan ex-roomate ku).

Bukan aku mahu mempertahankan si ibu muda ini, tapi aku sendiri tersentap bila mendengar kata-kata hamba Allah yang satu itu. Kalau aku tersentap inikan pula jiwa dan hati si ibu muda yang tengah sarat mengandung ini? Tidakkah hamba Allah itu tahu kesensitifan hati dan perasaan seorang perempuan yang mengandung. Tidakkah dia tahu?

Aku tahan air mata ku dari mengalir di depan semua orang. Aku paparkan senyuman mekar yang sangat plastik. Aku cuba untuk memujuk si ibu muda tadi agar bertenang bila mana air mata si ibu muda itu mengalir bak air terjun lajunya. Mungkin aku masih kurang matang untuk memujuk seorang yang lebih matang dari aku. Apa dayaku.

Akhirnya, si ibu muda dan suaminya beredar dari majlis itu tanpa sesuap hidangan kecuali hidangan air mata. Alangkah sayunya hatiku melihat langkah mereka meninggalkan dewan tersebut. Jika kejadian ini berlaku kepadaku, adakah mungkin aku dapat melaluinya? Mungkin kehadiran si suami di sisi boleh menguatkan diri sesiapa saja yang mungkin akan melaluinya....

Dan akhirnya, tiada satu gambar pun yang boleh dibuat kenangan untuk dinner yang terakhir kali ini...

(Aku tak boleh nak bagitahu ayat-ayat yang menyentap hati itu. Tak sanggup dan mungkin tak elok untuk hebohan. Biarkan ia bersemadi dalam fikiran aku dan senior-senior yang ada di tempat kejadian.)

By: Awenazri

Friday, April 1, 2011

::..Tolong Teman Pergi Toilet..::

Uuuhh mengantuknya.... Hehe weekend macam ni la baru dapat top up tidur lepas lima hari menyibukkan diri atau terpaksa menyibukkan diri dengan study, assignment, projek and segala macam hal yang perlu dilakukan sepanjang bergelar seorang student ni kan.

"Studying = Student + Dying"
Boleh pakai ke statement atas ni? Kalau tengah tension memang confirm boleh pakai. Hehehe

Tengah je mamai bangun dari tidur tadi, Cik Limah terpandang la Cik Lappy Merah kat sebelah. Dekat tab FB ada 2 notification. (Kesian Cik Lappy Merah sebab walaupun Cik Limah tidur dia still kena bekerja...kalau tak silap dari semalam lagi Cik Lappy Merah ni tak tidur..Hehehe)

Cik Limah bukak FB. Ooo notifications dari Wani. My BFFs@ex-rumate time kat matric dulu. Uishhh rindu bangat kat Wani. Notification tu, rupanya Wani share a link kat Cik Limah. Link ke blog Wani. Huhu ada entry untuk Cik Limah.. yipiiiii

ceritaria ku.......: zaman- zaman matrix

Huhu terharu pulak Cik Limah baca post Wani tu. Dalam post tu banyak pulak Wani ni puji Cik Limah (blushing kejap) Hahaha. Wani, ko cakap aku ni rajin study? takde maknanye Wani. Kalau rajin makan tu betul la jugak!! Haha ;p

Yang part teman pegi tandas tu, aku tergelak sorang-sorang bacanye. Hahhahaha Kesian ko kan Wani, tengah-tengah syok layan mimpi jumpa putera raja (kalau jumpa la hehhe), aku dengan muka tak malunya kejutkan ko. Sebabnya nak suruh ko teman aku pegi tandas!! Huhuhu...

Muka time muda-mudi. Suci dan murni.


Aku memang jenis penakut tahap cipan kot Wani. Hehe even kalau kat umah, bilik air sebelah bilik je pun aku akan kejutkan adik or akak aku. kikikiii ;p
Kalau sorang-sorang, aku rasa tak sampainye aku kat tandas tu.. walaupun macam-macam ayat Al-Quran aku baca. Hehe

Tapi seriously, aku rasa matric kita dulu scary sikit. Yelah, dah la jauh dari rumah orang kan pastu boleh pulak jalan nak g toilet tu straight nampak jalan raya kecil untuk pegi tempat sebelah matric kita tu (aku tak ingat tempat apa sebelah tu hehe).

Aku ni jenis yang terlebih pikir punya orang. Macam-macam imaginasi boleh singgah kat kepala otak aku ni. Even benda tu cam tak berapa nak logik pun. Memang aku tak boleh nak sekat imaginasi-imaginasi tu. Kalau orang lain tak terpikir pun kot benda-benda macam aku pikir ni. Hahaha

Sekarang ni sebab takde orang nak temankan aku memalam buta@pepagi buta ke toilet, aku memang make sure pegi toilet awal-awal lagi. Hehehe... plus masa sem 1 hari tu, aku bangun awal pagi kononnya nak sahur nak puasa sunat. Then tibe-tibe rasa macam nak pegi toilet. Pastu aku dengar bunyi pintu bilik depan aku dibuka (bunyi cam ada orang keluar bilik la kan). Aku pun cam pikir ooo ada orang pegi toilet. Cam berani sikit aku nak pegi toilet time tu... tapi disebabkan sifat penakut aku dan otak yang selalu duk pikir benda pelik-pelik (dan jugak takdir Allah), aku tak pegi pun toilet pagi tu sampai la subuh and roomate aku bangun.

Rupa-rupanya kan time aku dengar bunyi pintu bilik dibuka tu, ade orang laki pecah masuk bilik depan aku tu. Pencuri la rasanye. Budak bilik tu sedar ada orang masuk tapi tak dapat buat apa pun. Maybe pukau kot. Fuhhh seram aku dengar tau. Memang syukur sangat aku tak keluar pegi toilet pagi tu. Huhu kalau tak, aku pun tatau apa akan jadi kat aku.

Aku call Mama and story pasal kejadian tu. Mama aku sendiri marah aku bangun sorang-sorang dan nak keluar bilik. Mama aku siap pesan lagi kalau nak pegi toilet kejutkan kawan. Jangan pegi sorang-sorang!! Hehehe time tu teringat aku kat ko Wani...

Miss you so muchesss Wani!! Ikan Nemo and Spongebob aku pun rindu kat ko gak...hehhe

sweet memories
(bersepahnye kat belakang tu)
Hahaha


p/s: sape ehh yg ko cakap aku minat tu?? Lupa dah..hahahaa ;p

By: Awenazri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...