template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)

Saturday, April 9, 2011

Jika aku tersentap, dia...???

Gambar selingan bersama Elhamz


Tatkala membaca entry dari ex-roomate ku, titisan-titisan jernih dengan sendirinya meluncur turun membasahi pipiku yang kudus. Lalu peristiwa suatu malam itu datang kembali, menjengah minda yang penuh dengan nota-nota untuk final exam.

"Macam mana Kak Su? Kak Aina duduk kat meja ni ke meja sebelah sana?" Aku bertanya tanpa sabar. Mungkin kerana ini adalah dinner pertama dan juga terakhir kami bersama.

"Entah la Awen. Kak Aina ng suami dia pindah duk semeja ng kita kot. Lagipun tadi diorang yang nak tukar tu dah setuju nak pindah sana." terang roomateku sem ni menerangkan.

Gembira dan teruja diriku saat melihat si ibu muda dan suaminya duduk semeja dengan aku dan kakak-kakak senior yang lain. Hanya aku seorang yang junior di antara mereka. Hehehe. Selepas tu mula upacara ambil gambar. Almaklum la aku dan senior-senior ni memang suka bergambar. Tambah-tambah si ibu muda ni. Huhuhu :P

Namun, ku sangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. Kegembiraan kami bagaikan direntap bila kehadiran mereka yang juga penghuni meja ini melepaskan kata-kata yang pedas dan panas. Yang aku kira tidak patut dikatakan buat si ibu muda yang mengandung (siapa lagi kalau bukan ex-roomate ku).

Bukan aku mahu mempertahankan si ibu muda ini, tapi aku sendiri tersentap bila mendengar kata-kata hamba Allah yang satu itu. Kalau aku tersentap inikan pula jiwa dan hati si ibu muda yang tengah sarat mengandung ini? Tidakkah hamba Allah itu tahu kesensitifan hati dan perasaan seorang perempuan yang mengandung. Tidakkah dia tahu?

Aku tahan air mata ku dari mengalir di depan semua orang. Aku paparkan senyuman mekar yang sangat plastik. Aku cuba untuk memujuk si ibu muda tadi agar bertenang bila mana air mata si ibu muda itu mengalir bak air terjun lajunya. Mungkin aku masih kurang matang untuk memujuk seorang yang lebih matang dari aku. Apa dayaku.

Akhirnya, si ibu muda dan suaminya beredar dari majlis itu tanpa sesuap hidangan kecuali hidangan air mata. Alangkah sayunya hatiku melihat langkah mereka meninggalkan dewan tersebut. Jika kejadian ini berlaku kepadaku, adakah mungkin aku dapat melaluinya? Mungkin kehadiran si suami di sisi boleh menguatkan diri sesiapa saja yang mungkin akan melaluinya....

Dan akhirnya, tiada satu gambar pun yang boleh dibuat kenangan untuk dinner yang terakhir kali ini...

(Aku tak boleh nak bagitahu ayat-ayat yang menyentap hati itu. Tak sanggup dan mungkin tak elok untuk hebohan. Biarkan ia bersemadi dalam fikiran aku dan senior-senior yang ada di tempat kejadian.)

By: Awenazri

4 comments:

:: eyeNa :: said...

hee kecian aween.. sorry kak aina da buat aween tersentap utk kali ke dua pulak..eheh.. jgn sedih2 lg yep.. kak aina ok..haha awen laa lgi matang n memahami.. ngee makasih aween.. (^_^) terharuu...huuuu

awenazri said...

huhuhu awen ok dah, biasalah puteri air mata...hihi
chaiyok k.aina!! jgn nangis2 lg ea.. nt baby kua jd puteri air mata jgk...hehe :P

wanimohd said...

hehe...bek la awen ni..awen pn ex-roomte org jgk kan..hehe

awenazri said...

huhu baik ke wani?? ex-roomate wani la katakan..kikikii ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...