template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)

Sunday, January 23, 2011

::KAJIAN::


Kuala Lumpur disirami hujan petang ni. Sejuk je rasa angin yang bertiup ni.


ermmm, hari ni sekali lagi Cik Jejarikontot tinggal bersendirian dalam bilik kat kolej UM ni. Junior yang sorang tu balik rumah hari Jumaat lagi. Senior pulak keluar jejalan dengan kawan-kawan kat Masjid Jamek@Masjid India.

Cik Jejarikontot bukan tak nak keluar jejalan tapi malas! and kerja pun banyak nak kena siapkan! (banyak keja tapi sempat lagi post entry) uhukkkk..takpe, Cik Jejarikontot dah niat akan keluar jejalan lepas cuti Chinese New Year ni. Hahahaha... Time tu nanti, macam-macam la Cik Jejarikontot borong!! Almaklum la, Cik Jejarikontot ni shoppim-horlick..!! hahaha
[Bag, Dress, Pants, Watch, Food... dah terbayang-bayang di mata Cik Jejarikontot ni]

Huhuhuhu....

Time tengah keboringan tadi, Cik Jejarikontot menyusuri la highway facebook and terjumpa post kawan tentang rahsia bulan kelahiran. Terdetik di hati Cik Jejarikontot untuk mengetahui rahsia bulan kelahiran iaitu *DISEMBER*


~~~~~inilah dia rahsia bulan kelahiran Cik Jejarikontot~~~~~~

emmm, ada yang memang tepat dengan diri Cik Jejarikontot. Tapi ada juga yang Cik Jejarikontot tidak setuju.
Apa-apa pun ini hanyalah kajian, tidak semuanya akan menepati ciri-ciri yang ada pada seseorang itu.

Cik Jejarikontot rasa ciri yang ke-3 tak betul. Hahaha bukan ape, sebabnya Cik Jejarikontot ni seorang yang PEMALU (euwwww). So, untuk bergaul dengan orang yang kurang rapat, adalah a bit difficult. That person need to tegur Cik Jejarikontot dulu la..Hehehehe (^___^)

* Suka didampingi. Yang ini Cik Jejarikontot setuju!! Hehehe..
The last one pun Cik Jejarikontot setuju jugak. Kalau dengan family and closed friends, Cik Jejarikontot suka buat lawak. Cuma kalau orang yang tak berapa closed-to cam segan sikit la. (i kan pemalu@SHY-SHY CAT)
Part yang berfikiran logik tu macam ada betul jugak la. Hahaha. Cik Jejarikontot ni takde la pandai sangat memasak kan. So, bila time nak masak je, first thing yang Cik Jejarikontot buat adalah berfikir! Fikir macam mana rupa, keadaan, (and yang sewaktu dengannya) masakan yang bakal Cik Jejarikontot masak nanti. Then barulah Cik Jejarikontot boleh masak tau. [Opsss boleh pakai ke tips Cik Jejarikontot ni??] [kalau nak tahu, cubalah!] ^selamat beramal^


p/s: yang pasti Cik Jejarikontot pernah berjaya ye...

::KAJIAN:: by sijejarikontot

Saturday, January 22, 2011

jejarikontot vs keli

[entry kali ni, cik jejarikontot nak bercerita sikit tentang pengalaman cik jejarikontot]


alkisahnya pagi tadi, 22 Januari 2011 cik jejarikontot membersihkan dan mengemop lantai bilik yang berselerak. Yelah dah class pack sampai jumaat kan so, hari Sabtu macam ni je berpeluang KALAU nak mengemas bilik. (attentionnya ialah KALAU, bermaksud kalau rajin la ye) hahaha.

Pengembaraan bermula! Cik jejarikontot melilau sana sini, sana sini sana sini. Haaaa, akhirnya ternampak jugak Encik Mop kat tepi dinding bilik air. Jeng jeng jeng dah macam FBI Cik jejarikontot nak mendapatkan Encik Mop daripada Puan Cleaner. 1, 2, 3 yeahhh dapat jugak kau Encik Mop, sementara Puan Cleaner takde ni baik aku guna kau cepat-cepat nanti kantoi pulak aku culik kau. hahahaha


Kiri kanan kiri kanan (semua anggota badan bergerak ye, termasuk la punggung! hahaha). Sental jangan tak sental, biar sampai berkilat, lalalala.... Fuh dalam setengah jam jugak la cik jejarikontot menyiapkan assignment ni. Kalau kat rumah haram cik jejarikontot nak buat assignment macam ni. Hahaha kat rumah kena la buli adik-adik bagi rajin sikit @ mempraktikkan diri diorang untuk menjadi calon menantu yang PERFECT!! (emm adik-adik je ke? How about diri Cik Jejarikontot? Aduhai comfirm la takde orang nak masuk meminang ni... (!___!)

Haaa takpe-takpe, Cik Jejarikontot percaya yang jodoh ketentuan Ilahi. Cewahhh nak sedapkan hati la kununnya ni. Berbalik kepada assignment tadi, selesai je Cik Jejarikontot terus menuju ke kamar mandi (gaya macam bilik mandi kat kolej ni gempak je kan) menyiram tubuh dengan air SEJUK! membersihkan daki-maki (emm ada ke word ni?) dengan LIFEBOUY, membancuh rambut dengan PANTENE (tak nak syampu lain lagi. trademark ni) hahhaa.


Masuk je dalam bilik, kronk krink and terus sambung dengan lagu perut oh perut mengapa engkau lapar? Macam mana aku tak lapar, Cik Jejarikontot tak makan. Cehh perut aku bernyanyi-nyanyi la pulak. Cik Jejarikontot pandang la Encik Jam, oh dah pukul 11.30 pagi dah. Patut la Cik Perut menyanyi. Hehehe

Sabar ye Cik Perut, Cik Jejarikontot bersiap secepat mungkin sepantas kilat menyambar baju, seluar, bedak, tudung and tidak boleh dilupakan DEODORANT! Hahaha bagi wangi sikit, nanti barulah Puan Kantin@ Makcik Dewan Makan bagi banyak sikit lauk kat Cik Jejarikontot ni. Dengan bersemangat wajanya Cik Jejarikontot pergi ke dewan makan tapi.......


Alamak!! hari ni hari Sabtu, semua lauk yang disediakan Cik Jejarikontot tak makan. ADEHHHH. Macam mana boleh lupa ni? Terus Cik Jejarikontot jadi down. Pandangan kurang sedap Cik Jejarikontot hadiahkan kepada si daging kicap, si ikan pape entah dan satu lagi si keli (yang memang tak pernah Cik jejarikontot sentuh before this).

Langkah pertama, Cik Jejarikontot isi nasi putih di dalam tapaware nye. Next, Cik Jejarikontot duk termenung kat depan Puan Kantin. Uhukk tak tau nak ambik lauk ape, semuanya tak makan. (!___!)
Haaaa entah dengan kuasa ape entah, tibe-tibe tangan Cik Jejarikontot masukkan IKAN KELI ke dalam tapaware nya. Buang tabiat agaknya Cik Jejarikontot hari ni. Gaya macam nak buktikan kat penduduk Bumi yang selalu perli Cik Jejarikontot tak makan si Keli. Siap dua ekor la pulak Puan Kantin tu suruh ambik tadi. Cik Jejarikontot pun layan saja lah.

Dalam bilik (depan tapaware tadi) Cik Jejarikontot berteleku. Nak makan ke tak nak makan? "Kalau tak makan, nak tunggu sampai makan malam pukul 6pm bolehnya mati kebuluran" detik si hati Cik Jejarikontot (Kalau orang lain mungkin tak mati la tapi Cik Jejarikontot ni memang DASAR KUAT MAKAN).


Dengan perlahan Cik Jejarikontot buka penutup tapaware. Uhukkk KELI!! Tengok badan si Keli ni pun dah rasa lain macam dah. Ape taknya, berlengkar macam ular! Huhuhu
"Korang sabar ea, tahan ea" sempat Cik Jejarikontot bagi amanah kat semua anggota badannya. Bismillahirrahmanirrahim... slowly Cik Jejarikontot mengopek badan si Keli. Fuh, nasib baik si Keli ni kurus and kecik. So, badannya pun garing and yang paling penting BADAN@ISI die tak berlendir!

Cik Jejarikontot nganga mulut seluas mungkin. Gulp! terus masuk dalam perut. Tak kunyah pun. Hehehe kalau kunyah ade gak yang keluar balik nanti. Cehh kiranya, pagi tadi Cik Jejarikontot berjaya makan si Keli. Dengan bangganya, Cik Jejarikontot call mama nak bagitau yang Cik Jejarikontot dah berjaya makan Keli. Hehehe
[Dalam family Cik Jejarikontot, tak ada seorang pun yang makan Keli. Kira, Cik Jejarikontot orang FIRST!! Oyeahhhh (^___^)]

Betullah lirik dalam sebuah lagu nasyid yang berbunyi: "Hidup tak selalu indah..."
Huhuhu sebabnya, selang beberapa minit selepas Cik Jejarikontot call mama terus gelombang tsunami Keli datang! Loya, nak muntah, pening... semuanya berkumpul menjadi TSUNAmI KELI. OoooooooO terumbang-ambing Cik Jejarikontot dibuatnya nak menahan gelombang tu. ASAM! ASAM! ASAM! Cik Jejarikontot meraung meminta bantuan. Lalu diselongkar laci meja. Fuh nasib baik ade lagi Cik Asam yang Cik Jejarikontot beli awal tahun time register sem ni. (AWAL TAHUN?? euwwww... lama dah jugak tu) Tapi disebabkan Tsunami Keli ni, Cik Jejarikontot terpaksa juga menelan Cik Asam yang dah tua tu...Huhuhu

Habis Cik Asam dibedal, masih Tsunami Keli tidak surut-surut lagi. Terpaksa la Cik Jejarikontot ambil inisiatif lain. TIDUR!! Gaya ni dah macam si Snow White yang memakan epal beracun and tunggu si Putera datang memberi penawar la pulak. Weeee bestnya...



Tapi siapa yang akan datang bagi penawar kat Cik Jejarikontot? Ni kan dalam bilik (blok pompuan) mana la si Putera boleh masuk. adehhhh


p/s: Cik Jejarikontot sudah bertaubat tidak akan sekali-kali menyentuh si Keli lagi.



[Siapa yang akan datang menyelamatkan Cik Jejarikontot? Semuanya adalah ketentuan Ilahi...Siapakah yang dapat mengubah pendirian Cik Jejarikontot terhadap Si Keli? Sama-sama kita nantikan...]


jejarikontot vs keli by sijejarikontot

Wednesday, January 19, 2011

Bukan Milikmu

Angin malam yang dingin menyapa wajah putih bersih Alya yang sedang termenung di tepi tingkap biliknya. Sengaja dibiarkan tingkap itu terbuka walaupun jam sudah melewati jam 12 malam. Suasana sunyi ketika itu dilatari oleh bunyi lagu-lagu dari komputer ribanya. Sengaja dipasang lagu-lagu tersebut bagi menemani dirinya yang kesunyian.

Dalam Alya leka melayan renungannya, kedengaran lagu Menyesal dari Ressa Herlambang penyanyi dari negara jiran, Indonesia.

Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia

Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

Bait-bait lagu itu menusuk hati Alya lalu membawa dirinya mengimbau kenangan suatu ketika dahulu yang mahu dilupakan.

"Alya!" laung Misya.

Alya yang sedang dalam perjalanan pulang dari kedai tercari-cari arah datangnya suara itu. Dia kenal sangat dengan suara itu. Siapa lagi kalau bukan Misya, kawan baiknya sejak dari tadika. Karakter mereka berdua yang sangat berbeza bagai langit dan bumi tidak menjadi penghalang untuk mereka berkawan rapat. Misya, siapa yang tidak kenal dengan sifatnya yang periang dan terlebih ramah dengan semua orang. Berbeza sekali dengan Alya yang pemalu dan pendiam.

"Kau dari mana ni Alya?" soal Misya termengah-mengah kerana berlari mengejar Alya.

"Oh, aku dari kedai runcit tadi. Kau kenapa ni Misya? Macam kena kejar hantu." ujar Alya.

"Hehe. Ini, aku nak tunjuk kat kau. Surat tawaran kemasukan universiti yang kita mohon dulu. Aku dapat dekat Universiti Malaya. Kau?" soal Misya.

"Eh, bila kau dapat surat ni Misya? Aku belum dapat apa-apa surat pun lagi ni."

"Surat ni aku dapat baru je tadi Alya. Tak sampai pun sejam tau. Aku rasa surat kau pun dah sampai kot." ujar Misya.

Dengan laju Alya menyusun langkah menuju ke rumahnya. Dia sudah tidak sabar lagi. Alhamdulillah permohonannya untuk melanjutkan pelajaran berjaya walaupun hanya di universiti tempatan. Mungkin belum ada rezeki untuknya meneroka negara orang. Nampaknya, kali ini dia dan Misya masih lagi boleh bersama-sama kerana mereka mendapat tawaran daripada universiti yang sama.

bersambung,
[Bukan Milikmu oleh awenazri@jejarikontot]

::!safiah tercalon!::

17 januari 2011
MALAM ANUGERAH KARNIVAL TEATER UM 2011


inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta Karnival Teater Universiti Malaya. seperti tahun sebelum ini, tepat pukul 8.30pm semua audience dibenarkan masuk ke auditorium. kalau difikir-fikirkan, dah macam majlis yang berprestij kat TV je, ala-ala ANUGERAH BINTANG POPULAR dan ANUGERAH SKRIN. hhuhuhuhu
cumanya, anugerah-anugerah tu ada disediakan red carpet, photography tapi kami ni main serbu je tak kira pelakon atau penonton (ala-ala peminat gitu) hahaha.

safiah si budak cacat sengaja pergi lewat, merempit dengan motor senior@x-roomate. ermm budak cacat boleh naik motor?? wow! walawehhh! hahahaha! sebenarnya dalam hati asyik duk pikir, ada harapan ke tak?? after ISYAK baru la si safiah ni terhegeh-hegeh menunggang motor seniornya. sampai je kat auditorium kps, tercari-cari pulak geng-geng sekolej. almaklum la, tempat sudah dikhaskan. dah la gelap gulita, susah nak cari woo.. nasib baik la zaman sekarang ni dah canggih. ada mobile phone. haha so apalagi, guna la untuk mengesan kedudukan member-member safiah. ceh, macam FBI lak.


antara pelakon lelaki


tut tut tut. message dari si Juita@perempuan jahat (dalam teater je la) diterima. " pintu kanan, belakang sekali." message diterima, roger and out! safiah berdiri kat pintu masuk sebelah kanan tapi malangnya, safiah lupa untuk membawa spectacles. tak nampak apa-apa. gelap! nasib baik la geng-geng nampak safiah.

bila MC nak umum calon-calon pelakon harapan wanita, hati safiah dup dap dup dap. yelah sebab safiah target dirinya tercalon untuk anugerah ni. bukan nak berangan seperti mat jenin tapi sebagai pendorong kepada diri untuk buat yang terbaik time perform. TAPI, alangkah kecewa bila tiada nama safiah dari karma latifah di antara tiga yang tercalon.




keruh saja air muka safiah tika itu. "sudah tiada harapan untukku menaikkan nama KARMA LATIFAH," kata si hati safiah dalam senyap. huhuhu
dari satu anugerah ke satu anugerah diumumkan, tetapi tetap tidak kedengaran KARMA LATIFAH. adakah Karma Latifah terus senyap?? sob sob sob

tiba pula giliran calon pelakon pembantu wanita terbaik. calon-calon adalah, .... , SAFIAH dari karma latifah, ..... what?? safiah?? pelakon pembantu?? huhuhuhu
syukur sangat-sangat, akhirnya doa safiah dimakbulkan Yang Esa. safiah tercalon untuk pelakon pembantu wanita! sesuatu yang tidak diduga kerana wataknya yang hanya secubit dipermulaan cerita dapat menarik perhatian para juri.


walaupun anugerah itu disandang oleh DIDIE ALIAS dari MELUR DAN MELATI, akhirnya safiah berjaya menjadikan karma latifah sebaris dengan teater yang lain. mungkin rezeki untuk memegang anugerah itu belum ada buat masa ini. akan safiah usaha untuk memegang anugerah itu. insyaAllah jika masih ada peluang di tahun depan.

[adakah safiah akan mengikut jejak SI PEGUAM dari ORANG-ORANG KECIL yang tahun sebelum ini hanya tercalon untuk pelakon pembantu lelaki terbaik. tetapi tahun ini dapat menobatkan dirinya sebagai PELAKON LELAKI TERBAIK dari LUKHA..?? sama-sama kita nantikan..........]



antara dialog safiah:

* satu, dua, tiga (bermain biji getah)
* haaaa... ayah baca!
* runn... dunnn... tummm... (sama-sama baca al-Quran dengan ayah)
* aminnnnnn... ayah, sedap ayah baca ni. ermmm nanti, ayah ajar safiah baca ni ea?!
* yeaaaaaa... ayah nak ajar!
* waaaaahh ibu, cantiknya. (teruja melihat si ibu yang cantik!)
* ermmm... hehe ibu, ibu, macam mana nak buat ni?? hehe. (bertanya ibu untuk buat kerja sekolah)
* A, B, C, D, 1.. (sedang menulis)
* (melihat ibu dan terus pergi mendekati) waaa...wangiiii, cantikkk! ibu! ibu!
* sob sob sob, ibu sakit bu. uwaaaaa.. (menangis kesakitan)
* haaa ibu! ibu! ikut bu.... ibuuuuuuu (merengek, menangis mahu ikut ibu)
* tak nak! nak ikut ibuuu...
* ayah, Yah nak ikut ibuuuu... ibuuuuu... (melentokkan kepala di paha ayahnya)


inilah barisan krew2 yang banyak membantu


salam karma latifah dari SAFIAH....

Tuesday, January 11, 2011

u says: " U R MINE! "

Majlis perkahwinan nissa, sahabat yang ku kenali ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Pahang sangat meriah. Ramai tetamu yang hadir untuk melihat pasangan pengantin ini. Nissa dan Asraf kelihatan secocok bergandingan di atas pelamin yang diukir indah khas untuk hari bersejarah mereka. Senyuman gembira tidak pernah lekang dari menghiasi wajah kedua mempelai.

Melihatkan kebahagiaan yang terpancar di wajah mereka berdua membuatkan aku terasa sayu. Alangkah indahnya jika aku juga seperti mereka berdua. Tiba-tiba aku rasa rindu kepada sepotong nama yang sejak dulu bertakhta dalam hati aku. Tidak ada seorang pun yang mengetahui isi hati aku terhadap dia. aku menyukai dirinya di dalam diam. Aku malu untuk mengaku tambahan pula dia disukai ramai perempuan.


to be continued...

Sunday, January 9, 2011

busy!

tahun baru 2011.

fuh, tahun ni bermula dengan kesibukan yang teramat!!
ape tak nye.. sibuk dengan latihan pagi petang siang malam
untuk teater KARMA LATIFAH.
hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum hari pertandingan..
ya ALLAH, cuaknye. nervousnye.
nasib baik la sekarang ni awal-awal sem,
takde la busy sangat dengan lecture, assingment n projek!

dalam pada hanya tinggal beberapa hari saja ni lah,
dugaan, cabaran, rintangan
semua datang menjengah!!
itulah inilah...
kali ni diriku tidak lagi menjadi SM (stage manager)
sebaliknya
aku jadi PELAKON!!
hahahahha...
aku jadi budak cacat! SAFIAH

huh! mula-mula aku dapat watak ni,
aku ade rasa tak puas hati jugak la..sebab???
emm.. sebabnya, yelah dalam cerita ni semua pelakon cantik-cantik.
berkebaya. cam perempuan-perempuan dulu kala,
zaman 70's... mekap pun cantik!
aku??!
seorang budak cacat!!
tapi lepas tu,
aku terpikir... mesti ade sebabnye aku dapat watak ni!
macam yang selalu aku dengar ( contoh: dalam PILIH KASIH )
'bila kita berada d atas pentas, kita bukan nak nampak lawa, cantik.
tapi kita nak sampaikan ape yang watak kita perlu sampaikan.
dan tidak semua orang boleh bawa watak yang kita lakukan.
jadi, dari situ la aku bersemangat untuk membawa watak SAFIAH ni.

siapa cakap senang watak ni?
bukan senang nak keluarkan air mata tanpa sebab yang munasabah!
bukan senang nak bercakap seperti orang cacat!
bukan senang nak berjalan seperti seorang budak cacat yang tidak faham bahasa orang dewasa!
tapi ape pun, bila usaha dilakukan.
komitmen diberikan.
ape saja mampu untuk kita capai!!



ape aku harapkan, pada 13 januari nanti, aku dan kawan-kawan teater KARMA LATIFAH ni
akan melakukan yang terbaik!! harapan agar ade la d antara kami yang tercalon untuk top5 watak-watak nanti...insyaAllah, moga dpermudahkan urusan kami. aminn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...