17 januari 2011
MALAM ANUGERAH KARNIVAL TEATER UM 2011
inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta Karnival Teater Universiti Malaya. seperti tahun sebelum ini, tepat pukul 8.30pm semua audience dibenarkan masuk ke auditorium. kalau difikir-fikirkan, dah macam majlis yang berprestij kat TV je, ala-ala ANUGERAH BINTANG POPULAR dan ANUGERAH SKRIN. hhuhuhuhu
cumanya, anugerah-anugerah tu ada disediakan red carpet, photography tapi kami ni main serbu je tak kira pelakon atau penonton (ala-ala peminat gitu) hahaha.
safiah si budak cacat sengaja pergi lewat, merempit dengan motor senior@x-roomate. ermm budak cacat boleh naik motor?? wow! walawehhh! hahahaha! sebenarnya dalam hati asyik duk pikir, ada harapan ke tak?? after ISYAK baru la si safiah ni terhegeh-hegeh menunggang motor seniornya. sampai je kat auditorium kps, tercari-cari pulak geng-geng sekolej. almaklum la, tempat sudah dikhaskan. dah la gelap gulita, susah nak cari woo.. nasib baik la zaman sekarang ni dah canggih. ada mobile phone. haha so apalagi, guna la untuk mengesan kedudukan member-member safiah. ceh, macam FBI lak.
antara pelakon lelaki
tut tut tut. message dari si Juita@perempuan jahat (dalam teater je la) diterima. " pintu kanan, belakang sekali." message diterima, roger and out! safiah berdiri kat pintu masuk sebelah kanan tapi malangnya, safiah lupa untuk membawa spectacles. tak nampak apa-apa. gelap! nasib baik la geng-geng nampak safiah.
bila MC nak umum calon-calon pelakon harapan wanita, hati safiah dup dap dup dap. yelah sebab safiah target dirinya tercalon untuk anugerah ni. bukan nak berangan seperti mat jenin tapi sebagai pendorong kepada diri untuk buat yang terbaik time perform. TAPI, alangkah kecewa bila tiada nama safiah dari karma latifah di antara tiga yang tercalon.
keruh saja air muka safiah tika itu. "sudah tiada harapan untukku menaikkan nama KARMA LATIFAH," kata si hati safiah dalam senyap. huhuhu
dari satu anugerah ke satu anugerah diumumkan, tetapi tetap tidak kedengaran KARMA LATIFAH. adakah Karma Latifah terus senyap?? sob sob sob
tiba pula giliran calon pelakon pembantu wanita terbaik. calon-calon adalah, .... , SAFIAH dari karma latifah, ..... what?? safiah?? pelakon pembantu?? huhuhuhu
syukur sangat-sangat, akhirnya doa safiah dimakbulkan Yang Esa. safiah tercalon untuk pelakon pembantu wanita! sesuatu yang tidak diduga kerana wataknya yang hanya secubit dipermulaan cerita dapat menarik perhatian para juri.
walaupun anugerah itu disandang oleh DIDIE ALIAS dari MELUR DAN MELATI, akhirnya safiah berjaya menjadikan karma latifah sebaris dengan teater yang lain. mungkin rezeki untuk memegang anugerah itu belum ada buat masa ini. akan safiah usaha untuk memegang anugerah itu. insyaAllah jika masih ada peluang di tahun depan.
[adakah safiah akan mengikut jejak SI PEGUAM dari ORANG-ORANG KECIL yang tahun sebelum ini hanya tercalon untuk pelakon pembantu lelaki terbaik. tetapi tahun ini dapat menobatkan dirinya sebagai PELAKON LELAKI TERBAIK dari LUKHA..?? sama-sama kita nantikan..........]
antara dialog safiah:
* satu, dua, tiga (bermain biji getah)
* haaaa... ayah baca!
* runn... dunnn... tummm... (sama-sama baca al-Quran dengan ayah)
* aminnnnnn... ayah, sedap ayah baca ni. ermmm nanti, ayah ajar safiah baca ni ea?!
* yeaaaaaa... ayah nak ajar!
* waaaaahh ibu, cantiknya. (teruja melihat si ibu yang cantik!)
* ermmm... hehe ibu, ibu, macam mana nak buat ni?? hehe. (bertanya ibu untuk buat kerja sekolah)
* A, B, C, D, 1.. (sedang menulis)
* (melihat ibu dan terus pergi mendekati) waaa...wangiiii, cantikkk! ibu! ibu!
* sob sob sob, ibu sakit bu. uwaaaaa.. (menangis kesakitan)
* haaa ibu! ibu! ikut bu.... ibuuuuuuu (merengek, menangis mahu ikut ibu)
* tak nak! nak ikut ibuuu...
* ayah, Yah nak ikut ibuuuu... ibuuuuu... (melentokkan kepala di paha ayahnya)
inilah barisan krew2 yang banyak membantu
salam karma latifah dari SAFIAH....
No comments:
Post a Comment