template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)

Wednesday, January 19, 2011

Bukan Milikmu

Angin malam yang dingin menyapa wajah putih bersih Alya yang sedang termenung di tepi tingkap biliknya. Sengaja dibiarkan tingkap itu terbuka walaupun jam sudah melewati jam 12 malam. Suasana sunyi ketika itu dilatari oleh bunyi lagu-lagu dari komputer ribanya. Sengaja dipasang lagu-lagu tersebut bagi menemani dirinya yang kesunyian.

Dalam Alya leka melayan renungannya, kedengaran lagu Menyesal dari Ressa Herlambang penyanyi dari negara jiran, Indonesia.

Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia

Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

Bait-bait lagu itu menusuk hati Alya lalu membawa dirinya mengimbau kenangan suatu ketika dahulu yang mahu dilupakan.

"Alya!" laung Misya.

Alya yang sedang dalam perjalanan pulang dari kedai tercari-cari arah datangnya suara itu. Dia kenal sangat dengan suara itu. Siapa lagi kalau bukan Misya, kawan baiknya sejak dari tadika. Karakter mereka berdua yang sangat berbeza bagai langit dan bumi tidak menjadi penghalang untuk mereka berkawan rapat. Misya, siapa yang tidak kenal dengan sifatnya yang periang dan terlebih ramah dengan semua orang. Berbeza sekali dengan Alya yang pemalu dan pendiam.

"Kau dari mana ni Alya?" soal Misya termengah-mengah kerana berlari mengejar Alya.

"Oh, aku dari kedai runcit tadi. Kau kenapa ni Misya? Macam kena kejar hantu." ujar Alya.

"Hehe. Ini, aku nak tunjuk kat kau. Surat tawaran kemasukan universiti yang kita mohon dulu. Aku dapat dekat Universiti Malaya. Kau?" soal Misya.

"Eh, bila kau dapat surat ni Misya? Aku belum dapat apa-apa surat pun lagi ni."

"Surat ni aku dapat baru je tadi Alya. Tak sampai pun sejam tau. Aku rasa surat kau pun dah sampai kot." ujar Misya.

Dengan laju Alya menyusun langkah menuju ke rumahnya. Dia sudah tidak sabar lagi. Alhamdulillah permohonannya untuk melanjutkan pelajaran berjaya walaupun hanya di universiti tempatan. Mungkin belum ada rezeki untuknya meneroka negara orang. Nampaknya, kali ini dia dan Misya masih lagi boleh bersama-sama kerana mereka mendapat tawaran daripada universiti yang sama.

bersambung,
[Bukan Milikmu oleh awenazri@jejarikontot]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...