template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)

Saturday, January 22, 2011

jejarikontot vs keli

[entry kali ni, cik jejarikontot nak bercerita sikit tentang pengalaman cik jejarikontot]


alkisahnya pagi tadi, 22 Januari 2011 cik jejarikontot membersihkan dan mengemop lantai bilik yang berselerak. Yelah dah class pack sampai jumaat kan so, hari Sabtu macam ni je berpeluang KALAU nak mengemas bilik. (attentionnya ialah KALAU, bermaksud kalau rajin la ye) hahaha.

Pengembaraan bermula! Cik jejarikontot melilau sana sini, sana sini sana sini. Haaaa, akhirnya ternampak jugak Encik Mop kat tepi dinding bilik air. Jeng jeng jeng dah macam FBI Cik jejarikontot nak mendapatkan Encik Mop daripada Puan Cleaner. 1, 2, 3 yeahhh dapat jugak kau Encik Mop, sementara Puan Cleaner takde ni baik aku guna kau cepat-cepat nanti kantoi pulak aku culik kau. hahahaha


Kiri kanan kiri kanan (semua anggota badan bergerak ye, termasuk la punggung! hahaha). Sental jangan tak sental, biar sampai berkilat, lalalala.... Fuh dalam setengah jam jugak la cik jejarikontot menyiapkan assignment ni. Kalau kat rumah haram cik jejarikontot nak buat assignment macam ni. Hahaha kat rumah kena la buli adik-adik bagi rajin sikit @ mempraktikkan diri diorang untuk menjadi calon menantu yang PERFECT!! (emm adik-adik je ke? How about diri Cik Jejarikontot? Aduhai comfirm la takde orang nak masuk meminang ni... (!___!)

Haaa takpe-takpe, Cik Jejarikontot percaya yang jodoh ketentuan Ilahi. Cewahhh nak sedapkan hati la kununnya ni. Berbalik kepada assignment tadi, selesai je Cik Jejarikontot terus menuju ke kamar mandi (gaya macam bilik mandi kat kolej ni gempak je kan) menyiram tubuh dengan air SEJUK! membersihkan daki-maki (emm ada ke word ni?) dengan LIFEBOUY, membancuh rambut dengan PANTENE (tak nak syampu lain lagi. trademark ni) hahhaa.


Masuk je dalam bilik, kronk krink and terus sambung dengan lagu perut oh perut mengapa engkau lapar? Macam mana aku tak lapar, Cik Jejarikontot tak makan. Cehh perut aku bernyanyi-nyanyi la pulak. Cik Jejarikontot pandang la Encik Jam, oh dah pukul 11.30 pagi dah. Patut la Cik Perut menyanyi. Hehehe

Sabar ye Cik Perut, Cik Jejarikontot bersiap secepat mungkin sepantas kilat menyambar baju, seluar, bedak, tudung and tidak boleh dilupakan DEODORANT! Hahaha bagi wangi sikit, nanti barulah Puan Kantin@ Makcik Dewan Makan bagi banyak sikit lauk kat Cik Jejarikontot ni. Dengan bersemangat wajanya Cik Jejarikontot pergi ke dewan makan tapi.......


Alamak!! hari ni hari Sabtu, semua lauk yang disediakan Cik Jejarikontot tak makan. ADEHHHH. Macam mana boleh lupa ni? Terus Cik Jejarikontot jadi down. Pandangan kurang sedap Cik Jejarikontot hadiahkan kepada si daging kicap, si ikan pape entah dan satu lagi si keli (yang memang tak pernah Cik jejarikontot sentuh before this).

Langkah pertama, Cik Jejarikontot isi nasi putih di dalam tapaware nye. Next, Cik Jejarikontot duk termenung kat depan Puan Kantin. Uhukk tak tau nak ambik lauk ape, semuanya tak makan. (!___!)
Haaaa entah dengan kuasa ape entah, tibe-tibe tangan Cik Jejarikontot masukkan IKAN KELI ke dalam tapaware nya. Buang tabiat agaknya Cik Jejarikontot hari ni. Gaya macam nak buktikan kat penduduk Bumi yang selalu perli Cik Jejarikontot tak makan si Keli. Siap dua ekor la pulak Puan Kantin tu suruh ambik tadi. Cik Jejarikontot pun layan saja lah.

Dalam bilik (depan tapaware tadi) Cik Jejarikontot berteleku. Nak makan ke tak nak makan? "Kalau tak makan, nak tunggu sampai makan malam pukul 6pm bolehnya mati kebuluran" detik si hati Cik Jejarikontot (Kalau orang lain mungkin tak mati la tapi Cik Jejarikontot ni memang DASAR KUAT MAKAN).


Dengan perlahan Cik Jejarikontot buka penutup tapaware. Uhukkk KELI!! Tengok badan si Keli ni pun dah rasa lain macam dah. Ape taknya, berlengkar macam ular! Huhuhu
"Korang sabar ea, tahan ea" sempat Cik Jejarikontot bagi amanah kat semua anggota badannya. Bismillahirrahmanirrahim... slowly Cik Jejarikontot mengopek badan si Keli. Fuh, nasib baik si Keli ni kurus and kecik. So, badannya pun garing and yang paling penting BADAN@ISI die tak berlendir!

Cik Jejarikontot nganga mulut seluas mungkin. Gulp! terus masuk dalam perut. Tak kunyah pun. Hehehe kalau kunyah ade gak yang keluar balik nanti. Cehh kiranya, pagi tadi Cik Jejarikontot berjaya makan si Keli. Dengan bangganya, Cik Jejarikontot call mama nak bagitau yang Cik Jejarikontot dah berjaya makan Keli. Hehehe
[Dalam family Cik Jejarikontot, tak ada seorang pun yang makan Keli. Kira, Cik Jejarikontot orang FIRST!! Oyeahhhh (^___^)]

Betullah lirik dalam sebuah lagu nasyid yang berbunyi: "Hidup tak selalu indah..."
Huhuhu sebabnya, selang beberapa minit selepas Cik Jejarikontot call mama terus gelombang tsunami Keli datang! Loya, nak muntah, pening... semuanya berkumpul menjadi TSUNAmI KELI. OoooooooO terumbang-ambing Cik Jejarikontot dibuatnya nak menahan gelombang tu. ASAM! ASAM! ASAM! Cik Jejarikontot meraung meminta bantuan. Lalu diselongkar laci meja. Fuh nasib baik ade lagi Cik Asam yang Cik Jejarikontot beli awal tahun time register sem ni. (AWAL TAHUN?? euwwww... lama dah jugak tu) Tapi disebabkan Tsunami Keli ni, Cik Jejarikontot terpaksa juga menelan Cik Asam yang dah tua tu...Huhuhu

Habis Cik Asam dibedal, masih Tsunami Keli tidak surut-surut lagi. Terpaksa la Cik Jejarikontot ambil inisiatif lain. TIDUR!! Gaya ni dah macam si Snow White yang memakan epal beracun and tunggu si Putera datang memberi penawar la pulak. Weeee bestnya...



Tapi siapa yang akan datang bagi penawar kat Cik Jejarikontot? Ni kan dalam bilik (blok pompuan) mana la si Putera boleh masuk. adehhhh


p/s: Cik Jejarikontot sudah bertaubat tidak akan sekali-kali menyentuh si Keli lagi.



[Siapa yang akan datang menyelamatkan Cik Jejarikontot? Semuanya adalah ketentuan Ilahi...Siapakah yang dapat mengubah pendirian Cik Jejarikontot terhadap Si Keli? Sama-sama kita nantikan...]


jejarikontot vs keli by sijejarikontot

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...