Beberapa hari yang lepas seorang kawan Cik Kemek tanya satu soalan kat Cik Kemek punya Formspring..
Dia tanya pasal....
"Apa itu cinta bagi pendapat kamu?"
:
Lalu Cik Kemek bagi la jawapan ni kat soalan dia tu...
:
:
:
CINTA???
Cinta itu ibarat nyamuk.
(Ehh bagi la serangga yang cantik sikit kan? Macam RAMA-RAMA ke KUPU-KUPU ke PEPATUNG ke... ini tak, ada ke bagi perumpamaan ibarat nyamuk! Dah la nyamuk tu warnanya HITAM PUTIH je. Macam baju penjara pun ada kan? Hahahha)
;p
Ok continue please....
Cinta diibaratkan serangga seperti di atas kerana....
Semakin kita kejar ia, semakin ia menjauh dari kita kan?!
Sehingga kita penat dengan sendirinya selepas mengejar ia.
Memang Cinta itu indah
bagi mereka yang berjaya mengejar dan menangkapnya.
Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tersungkur di pertengahan jalan ketika mengejar Cinta itu?
Pasti ianya sakit bukan?
Pasti menitik mutiara jernih dari kelopak mata yang comel itu kan?
Jadi, usahlah mengejar Cinta itu jika kelopak mata kamu tidak sekuat dan sekukuh Tembok Besar China.
Kerna jika kamu tidak mengejarnya
Pasti suatu waktu itu akan tiba di mana Cinta itu datang menghampiri kamu akhirnya.
(Kalau tak percaya, cuba kamu duduk diam di tempat yang ada nyamuk tadi. Jangan kamu kejar nyamuk itu. Nescaya beberapa detik selepas itu, nyamuk itu akan datang sendiri mencari kamu bukan?)
(Kalau tak suka Nyamuk, boleh gantikan dengan Rerama, Pepatung, Kekupu or apa-apa lah yang kamu nak. Hahaha)
Begitulah juga dengan
C.I.N.T.A
Gambar dari Incik Google
Usahlah gelojoh untuk memilikinya.
Usahlah terburu-buru untuk menyerahkannya.
Agar kamu tidak memberinya kepada mereka yang salah.
Mood: Jiwangnyaaaaa...
By: Awenazri
template
::Mazuin Nak Cakap::
Don't waste your time because
Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)
Sunday, April 3, 2011
Ibarat Nyamuk??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment