template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)

Monday, April 4, 2011

Melawan Kesepian

Masa dengar lagu Siti Nurhaliza ni, tiba-tiba je teringat dekat Tuan Kemek. Uwaaaa... miss Tuan Kemek so much!! Sob Sob Sob...

Bila layan dengar lagu ni petang tadi, rasa macam sesuai pulak dengan jiwa dan keadaanku sekarang. Terus je melekat dekat hati bait-bait lirik lagu ni. Sampai la akhirnya menjadi musik latar blog Cik Kemek ni.

Semoga...
Kepergianmu,
Tak akan merubah apa pun.
Semoga...
Mampu ku lawan,
Kesepianku...
Hooooooooo.....

Semoga...
Kepergianmu,
Tak akan merubah apa pun.
Semoga...
Mampu ku lawan,
Kesepianku....



Awak, setiap kali awak nak terbang tinggalkan saya kat sini, ketahuilah bahawa inilah kata hati saya masa tu. Berharap agar kepergian awak takkan merubah apa pun antara awak dan saya. Adakah saya seperti terlalu yakin untuk ikatan ini sehingga takut kehilangan awak?

Memang kata orang, jodoh ajal maut ni semua di tangan Yang Maha Esa. Tapi saya rasa tak salahkan kalau saya berharap dan memohon dari Dia agar ikatan ini tidak terputus. InsyaAllah Dia mendengar kata hati ini.

Kadang-kadang saya tak suka duduk dalam bilik kat kolej ni. Sebabnya roommates saya dua-dua orang selalu dapat call dari Encik Adam diorang. Tambahan roommate yang seorang ni, kalau boleh tiap saat Encik Adam dia call. Sampaikan saya pun rasa pelik. Dia macam tak ada kerja lain ke selain nak call Hawa nya ni? Hahaha... kadang-kadang saya terjeles sendiri. Huhuhu :(

Iyelah, boleh dikira berapa kali saya dapat call dari awak dalam sebulan. SEBULAN bukan seminggu tau. Huhuhu. Tapi saya tak kisah pun sebab saya tahu awak nun jauh kat sana dan saya kat sini. Perbezaan waktu seharian membuatkan kita susah nak berhubung kan. Call dari Mama saya dan Mummy awak la pengubat kesepian ni.

Saya dah jadi macam Panda ni. Huhuhu


Mungkin sebab ini lah yang membuatkan saya hilang fokus untuk study. Dah la final exam dekat dah ni. Huhuhu tambah pulak saya rindu nak jumpa Mama dan Babah. Babah selalu outstation, tu yang saya selalu tak jadi nak balik rumah.

A few days ago, Mummy awak ada call saya. Panjang kami borak tau. Ermmm ada kot termengumpat awak sikit. Hehhee ;p
Mummy nak ajak saya keluar jalan-jalan nanti. Waaaa bestnya... Tak sabar nak jumpa Mummy awak yang sporting morting tu. Hehhee. Masa tengah berborak tu, tiba-tiba Mummy awak cakap kat saya...

"Awen, rindu dekat Adam tak? Mummy rindu sangat la dekat dia. Kali ni lama sangat dia fly."

Sayu je saya dengar tau. Cepat-cepat balik ye. Dengar suara tak sama dengan bercakap secara depan-depan. Kami semua dah rindu nak tengok muka awak yang ensem tu (Opppsss jangan perasan ok!!) Hahahaha...

Oklah, saya nak continue study ni. Haaa sebelum saya lupa, Mama dan Babah saya kirim salam kat awak. Diorang pesan balik nanti bawak saya belajar kereta. Hahaha ;p
Papai Tuan Kemek. Nanti saya peluk Kemek ea. Take care. Jangan mengorat awek omputih tau!! ;p

By: Awenazri

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...