template

::Mazuin Nak Cakap::

Don't waste your time because

Untuk menyayangi memerlukan hati yang ikhlas dan suci (^..^)

Sunday, April 24, 2011

It coming againnn

sesiapa yang terbaca entri ni wajib wish good luck kat Cik Kemek k.
(hahaha... demand btol la)
^__^

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

Ya Allah, berikanlah aku kesempatan waktu untuk memohon dariMu. Anugerahkanlah aku kejayaan dalam peperiksaan finalku ini. Anugerahkan kejayaan juga kepada adik beradikku dan kawan-kawanku. Janganlah ada di antara kami yang sedihnya sendirian dan juga kepadaku Ya Allah, andai telah tertulis di Luhmahfuz akan kegagalanku, maka Kau ubahlah ia menjadi satu kejayaan yang cemerlang. Sesungguhnya Engkau Maha Agung.


Mood: Final exam
(25 April - 9 May)

"Selamat berjuang. Allah sentiasa bersama kita."

*** All da best to all my friends and myself too...

By: Awenazri

Ohh lelaki hensem itu...

Aku benci lelaki itu!!
Benci!!
Dia pandang aku sebelah mata.
Dia arah aku buat semua kerja.
Dia biar je adik dia marah-marah aku. Tengking aku.

Dia tak tahu ke aku puteri air mata? Dia tak tahu ke aku sedih sangat.
(tapi aku tak tunjuk depan dia yang aku sedih, macam mana dia nak tahu?)
Sob sob sob...
Kenapa aku perlu lalui semua ini?
Kenapa? Kenapa? Kenapa? (gaya lagu Daus)

"Macam mana kau buat kerja ni? Haaa... bersepah je!! Ooo.. kau tak buat kerja ye. Kau jangan ingat nak jadi mem besar dalam rumah aku ni! Sedar sikit diri kau tu siapa nak berganding dengan aku yang punya segala-galanya ni. Huh!!"

Lancar je dia hamburkan kata-kata tanpa fikirkan perasaan aku. Dengan lajunya aku berlari keluar dari rumah itu menuju ke pintu pagar tanpa menghiraukan sesuatu di depan aku. Tiba-tiba...

"Hadoiiiii!! Sakitnya bontot aku. Ehh apa aku buat bawah katil ni? Bukan tadi aku tengah berlari ke?"

Opsssssssssssss semuanya hanya mimpi? Hahaha iya-iyalah, bisakan ia benar dong. Hahaha boleh pulak aku mimpi jadi orang gaji seorang lelaki hensem!!

***lepas terjaga tu aku try la nak sambung balik mimpi tu, biar jadi tragis sikit. Puas aku bergolek kiri kanan kiri kanan, tapi hampeh!! Laki ensem tu dah tak nak muncul pulak...hahaha

By: Awenazri

Friday, April 22, 2011

period pain?

Gambar kredit to Encik Google

Period pain.
Sangatlah sinonim dengan perempuan. (xkan lah dengan lelaki pulak..haha)
Walaupun hanya golongan Hawa yang mengalami sakit ni, tapi golongan Adam perlu jugak ambil tahu ok! Yelah, kalau si isteri mengalami sakit ni, dapatlah jugak si suami tolong buat apa yang patut kan. Kesian kat isteri kamu nanti...

Dr. Cinta nak bercerita sikit ni.

Period pain atau sakit perut ketika haid biasanya disebabkan jumlah hormon estrogen dan progestron yang tidak seimbang di dalam badan. Ketika datang haid biasanya hormon estrogen akan menjadi lebih banyak daripada hormon progestron.

(Mesti ada yang tertanya apa fungsi 2 benda alah ni kan). Fungsi 2 hormon kat atas adalah dalam sistem reproduksi wanita. (Kalau tetiba muncul tanda soal dalam kepala pasal apa itu sistem reproduksi, call la hospital terdekat yek!! Haha).



So, bila 2 hormon tadi tak seimbang jumlahnya, akan berlakulah kram perut ketika period atau lebih dikenali period pain je. Ada yang mengalami benda ni sampai pengsan segala tau. Uishhh dahsyat tu... dan ada jugak yang cool je (tak mengalami period pain la).

Kalau kena period pain ni, boleh la ikuti cara-cara kat bawah ni untuk mengurangkan kesakitan:

1) Ambil satu botol yang panas/suam, letak di bahagian yang kram (perut, pinggang atau bahagian belakang).

2) Gunakan air yang panas/suam ketika mandi.

3) Minum susu suam (sebab susu mengandungi kalsium yang tinggi dan boleh menggantikan plasma darah yang hilang ketika haid). Kalau malas nak buat susu, minum je air suam.

4) Urut atau gosok di bahagian yang kram dengan minyak angin.

5) Kalau sakit sangat, duduk dalam posisi menungging supaya rahim tergantung ke bawah (seperti kedudukan ketika sujud dalam solat).

Selamat mencuba ye. Cara-cara ni pernah dicuba dan ianya berkesan la jugak walaupun tak hilangkan sakit tu sepenuhnya.
Apa-apa pun, kita dah ikhtiar kan....huhuhu

p/s: Time-time macam ni, jangan nak cuba bergurau senda la ye (walaupun wanita itu isteri kamu sendiri). Takut nanti ada yang kena sekeh kepala, bermasam muka 40hari 1malam dan yang sewaktu dengannya. hahahaha (=__=)

By: Awenazri

Kalau dah jodoh, dekat FACEBOOK pun bertemu jua.

Ok. Kalau sebelum ni kita selalu dengar orang cakap,
'kalau dah jodoh tak ke mana, dalam kuali bertemu jua'... tetiba muncul lampu idea kat kepala Cik Kemek, 'dalam kuali???'
kalau orang tu besor muat ke nak masuk dalam kuali ehh?? Hahahaha

Hahaha, melawak la pulak pepagi Jumaat nih...kikikiii ;)

Haaa, tapi lain pulak ceritera cinta Zed Zaidi ye. Jodohnya dipertemukan melalui laman sosial Facebook. (walaupun sebenarnya Zed Zaidi bukanlah orang pertama yang bertemu jodoh di FB, tapi sebab Zed artis so cerita ni jadi hot la..huhuhu)

Cayalah Zed! Apa-apa pun, tahniah untuk perkahwinan yang bakal berlangsung nanti. Semoga ianya berkekalan hingga ke hujung nyawa Zed dan pasangan. InsyaAllah.

Apa yang menarik pada pandangan Cik Kemek ialah kad perkahwinan Zed dan pasangan. Diorang abadikan kenangan perkenalan di FB dengan buat kad perkahwinan lambang FB. Cik Kemek kira unik la sebab rasa-rasanya belum ada orang buat lagi kan? (rasa-rasanya lah..hehe)



Gambar kredit to mStar Online

Hmmm menarik kan?? Ini melambangkan rakyat Malaysia yang kreatif!! Oyeahhhh (haha tak memasal pulak) =P

p/s: kalau macam tu saya nak buat kad bentuk cermin mata sempena pertemuan di kedai cermin mata!! hahaha ^__^
(ermm tapi sape yang aku jumpa kat kedai cermin mata tu erkk?? Ishhh bahaya ni...buatnya jumpa pakcik yang dah berpangkat datuk cucu cicit berderet, tak ke naya!! haha)

By: Awenazri

Thursday, April 21, 2011

jom takutkan syaitan

(Gambar kredit to Encik Google)

1) Bila kita pegang Al-Quran, syaitan tengok je.
(mari pandang-pandang, mari jeling-jeling... gaya lagu 'Kalau Berpacaran')

2) Bila kita buka Al-Quran, syaitan mula rasa curiga.
(sama ada kita akan baca ke tak)

3) Bila kita mula membaca Al-Quran, syaitan mula resah dan gelisah.
(bak kata orang tua, tak boleh duk diam, resah jek)

4) Bila kita memahami ayat Al-Quran yang dibaca, syaitan mula kejang-kejang.
(macam atlet kejang time pertandingan camtu la)

5) Bila kita amalkan membaca Al-Quran tiap-tiap hari, syaitan mula kena stroke.
(lumpuh la syaitan-syaitan yang suka mengganggu cucu cicit Adam a.s.)

Maka, bacalah Al-Quran dan amalkan ia dalam kehidupan seharian kita agar syaitan laknatullah agar sentiasa stroke. Dengan itu bebas lah kita dari gangguan syaitan.
"RENUNG-RENUNGKANLAH. SELAMAT BERAMAL"

* Cik Kemek terbaca time selongkar FB tadi. Kredit to empunya diri yang tulis nota tu.

By: Awenazri

Wednesday, April 20, 2011

Happy Birthday Sally

Happy Belated Birthday Sally...
(18 April)
soooo sorry, this year aku wish ko lambat.
ada hal yang tak memungkinkan aku untuk wish ko pada hari kejadian
(iaitu hari ulangtahun kelahiran ko)

walaupun lambat,
aku doakan ko,
semoga panjang umur selalu.
sentiasa diberkati hidup oleh Allah (hidup aku juga).
semoga murah rezeki.


mengenali ko masa matrix dulu,
adalah antara satu perkara terindah dalam hidup aku.
akan aku kenang sampai ke akhir hayat.

dan aku berharap agar ikatan yang terjalin antara kita,
akan berkekalan sampai bila-bila.
~Friend For Ever~
^_^

**soalan cepumas dari aku;
disebabkan umur ko dah meningkat, haha... aku dengan bangganya nak tanya,
BILA KO NAK KAWIN???!!
hahaha
;P
(jawab jangan tak jawab)

By: Awenazri

Thursday, April 14, 2011

today...


hari ni adalah last day class for this semester.
next week dah study week.
and the following week pulak
FINAL EXAM START!!!

(@_____@)

rasa macam tengah main-main lagi ni.
study pun macam chipsmore je.
kejap ada, kejap takda....
huhuhu

Apa-apa pun, petang ni nak balik rumah dulu.
jumpa babah!
(oyeahhh babah balik umahhhhhh)
jumpa mama!
(jom g shopping mama)
jumpa along!
(ahad nanti bru boleh jumpa, along xdapat balik umah lagi)
jumpa angah!
(angah dah nak pergi dah)
jumpa erra n eny!
(tiap-tiap minggu diorang balik umah. baik tak payah duduk hostel)
jumpa akim n alia!
(dua orang budak kecik ni memang duduk kat rumah pon)



jumpa bobo!
(si kucing pemalas tahap cipan tu)
jumpa kepam!
(si kura-kura yang pelahap)
hahaha...

then jumpa tuan kemek!
(mintak hadiah dari europe...hahaha)
(^___^)

macam takda harapan nak study je balik umah.
Hahahaha...
Ehhh tak boleh, tak boleh!!
mesti study
kalau tak, tak dapat join holiday trip yang tuan kemek organize tu.
weeeeee....

mood: home...home...homeeeeee
(gaya lagu auburn)

Sunday, April 10, 2011

Baby dah keluar...

Alhamdulillah, pagi hari Ahad ni dapat berita gembira dari Tok Su yang berbunyi...

"Tok Su dah dapat baby. Baby boy, berat dia 2.71..."

Haa nilah mesej yang Tok Su send kat Cik Kemek pagi tadi. Wahhh mesti Tok Su gembira sesangat sebab ni anak sulung dia. Hehehe betambahlah bilangan kaum kerabat Cik Kemek.

Mesti ada orang yang baca entry ni terpikir, gelaran ' TOK SU ' tapi baru dapat anak sulung??? Ishhh macam tak percaya je...Hahahhaa
Actually Tok Su ni muda lagi. Baru je berumur 31 tahun and baru je kawin last year 2010. Selalu bila kita panggil Tok di pangkal nama ni mesti kita bayangkan orang tu tua, kerepot, rambut pun dah beruban (kalau tak banyak mesti beruban gak sikit-sikit kan? Hehhe).

Haha lain pulak dengan Tok Su Cik Kemek ni. Orangnya tough lagi tu!! Rambut still warna hitam lagi. Hihihi (kalau dia tak dye rambut warna putih la) ;P
Alaaa dah selalu sangat bila Cik Kemek bercerita pasal family dengan kawan-kawan, diorang mesti cam tak percaya sebab tak sama cam family diorang. Ada tu mak bapak diorang dah 70 an 80 an tapi Tok Ayah n Tok Mek Cik Kemek baru 60 an. Hahaha atuk n nenek ku muda dari mak bapak diorang. Hahaha =D

Dah-dah malas nak mengomel lagi ni...

Dan semalam pulak Cik Kemek dapat tahu cousin Cik Kemek iaitu ' Tado ' (nama panggilan dia, nama sebenar tak tahu. Haha ada ke patut nama penuh kazen pun tak tahu). Haaaa semalam dapat tahu yang si Tado ni pun dah dapat anak jugak. Baby boy jugak. Dalam diam jek tup-tup dapat tahu baby dah keluar melihat dunia ni.
Wahh hang Tado, dapat anak bukan nak riuh senegara!! Hahaha ;P

ini la anak Tado


Makin bertambahlah generasi Nek Zawiah n Nek Sidah!! Makin meriah lah kalau hari raya. Makin lintang pukang la rumah time berkumpul nanti. Hahaha
Apa-apa pun, corak la si cilik ini dengan corak yang cantik dan sesuai k...

p/s: Time raya jangan datang rumah En. Azri n Pn. Norizan ye kaum kerabatku. Nanti lintang-pukang rumah eden, tak pasal-pasal kome datang rumah eden dan geng power rangers (adik-beradik Cik Kemek la) ikat dengan tali rafia. Tak bagi bergerak!! Hahahhaa (almaklum lah, kaum kerabat Cik Kemek ni hyper active semuanya. Dah la ramai si cilik-cilik...huhu)

Haaa..bulan 7, 2011 nanti, lagi satu si cilik akan keluar melihat dunia ni. Aigoooo ada lagi??
Hahahhahaaha ;p
Yang ni anak Sue @ adik bongsu Mama pulak.. So, Darwisy akan dapat adik. And Cik Kemek akan dapat kazen baru. Oyeahhhhhhh akan dapat MANGSA BULI TERBARU!! Hahaha

By: Awenazri

Saturday, April 9, 2011

Jika aku tersentap, dia...???

Gambar selingan bersama Elhamz


Tatkala membaca entry dari ex-roomate ku, titisan-titisan jernih dengan sendirinya meluncur turun membasahi pipiku yang kudus. Lalu peristiwa suatu malam itu datang kembali, menjengah minda yang penuh dengan nota-nota untuk final exam.

"Macam mana Kak Su? Kak Aina duduk kat meja ni ke meja sebelah sana?" Aku bertanya tanpa sabar. Mungkin kerana ini adalah dinner pertama dan juga terakhir kami bersama.

"Entah la Awen. Kak Aina ng suami dia pindah duk semeja ng kita kot. Lagipun tadi diorang yang nak tukar tu dah setuju nak pindah sana." terang roomateku sem ni menerangkan.

Gembira dan teruja diriku saat melihat si ibu muda dan suaminya duduk semeja dengan aku dan kakak-kakak senior yang lain. Hanya aku seorang yang junior di antara mereka. Hehehe. Selepas tu mula upacara ambil gambar. Almaklum la aku dan senior-senior ni memang suka bergambar. Tambah-tambah si ibu muda ni. Huhuhu :P

Namun, ku sangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. Kegembiraan kami bagaikan direntap bila kehadiran mereka yang juga penghuni meja ini melepaskan kata-kata yang pedas dan panas. Yang aku kira tidak patut dikatakan buat si ibu muda yang mengandung (siapa lagi kalau bukan ex-roomate ku).

Bukan aku mahu mempertahankan si ibu muda ini, tapi aku sendiri tersentap bila mendengar kata-kata hamba Allah yang satu itu. Kalau aku tersentap inikan pula jiwa dan hati si ibu muda yang tengah sarat mengandung ini? Tidakkah hamba Allah itu tahu kesensitifan hati dan perasaan seorang perempuan yang mengandung. Tidakkah dia tahu?

Aku tahan air mata ku dari mengalir di depan semua orang. Aku paparkan senyuman mekar yang sangat plastik. Aku cuba untuk memujuk si ibu muda tadi agar bertenang bila mana air mata si ibu muda itu mengalir bak air terjun lajunya. Mungkin aku masih kurang matang untuk memujuk seorang yang lebih matang dari aku. Apa dayaku.

Akhirnya, si ibu muda dan suaminya beredar dari majlis itu tanpa sesuap hidangan kecuali hidangan air mata. Alangkah sayunya hatiku melihat langkah mereka meninggalkan dewan tersebut. Jika kejadian ini berlaku kepadaku, adakah mungkin aku dapat melaluinya? Mungkin kehadiran si suami di sisi boleh menguatkan diri sesiapa saja yang mungkin akan melaluinya....

Dan akhirnya, tiada satu gambar pun yang boleh dibuat kenangan untuk dinner yang terakhir kali ini...

(Aku tak boleh nak bagitahu ayat-ayat yang menyentap hati itu. Tak sanggup dan mungkin tak elok untuk hebohan. Biarkan ia bersemadi dalam fikiran aku dan senior-senior yang ada di tempat kejadian.)

By: Awenazri

Friday, April 8, 2011

::Mengapa Wanita Sangat Istimewa::

Entry ni di ambil dari facebook seorang insan ni click
sebab dia tulis hantarkan kepada wanita, so Cik Kemek pun post la dekat blog ni. Untuk tatapan diri sendiri dan juga blogger-blogger yang suka berjalan...Huhuhu

Ceritanya bermula....

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

Baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

Ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

Masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

Bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

Dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

Ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

Ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

Aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

Happy Birthday Chenor

Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan Che Norhayati...
Allah selamatkan kamu...

hehe hari ni 8 April 2011 bersamaan dengan birthday salah seorang BFFku time sekolah dulu-dulu.


Chenor Hayati

gambar dari FB Chenor yg dah di edit


Dah lama tak jumpa Chenor.
Mesti makin cun melecunnnn kan?? Huhuhu
(^___^)


Soalan bila lama tak jumpa ialah....
"BILA NAK KAWIN CHENOR???"

Hhahaa jawab jangan tak jawab!! ;P


Oklah, happy birthday..
Kamu dah tua ok Yati a.k.a Chenor!!
(^^)

InsyaAllah,
I'll pray for ur success in whutever u r doing, in this Dunya and the also Hereafter..
May God bless u n me always...

Knowing u is the one precious moment in my life!!
*friend forever ya*
(teringat time dalam kelas dulu. Seat sebelah-sebelah je kan)


p/s: ada free time nanti, jumpa ok?!
^__^

By: Awenazri

Monday, April 4, 2011

Melawan Kesepian

Masa dengar lagu Siti Nurhaliza ni, tiba-tiba je teringat dekat Tuan Kemek. Uwaaaa... miss Tuan Kemek so much!! Sob Sob Sob...

Bila layan dengar lagu ni petang tadi, rasa macam sesuai pulak dengan jiwa dan keadaanku sekarang. Terus je melekat dekat hati bait-bait lirik lagu ni. Sampai la akhirnya menjadi musik latar blog Cik Kemek ni.

Semoga...
Kepergianmu,
Tak akan merubah apa pun.
Semoga...
Mampu ku lawan,
Kesepianku...
Hooooooooo.....

Semoga...
Kepergianmu,
Tak akan merubah apa pun.
Semoga...
Mampu ku lawan,
Kesepianku....



Awak, setiap kali awak nak terbang tinggalkan saya kat sini, ketahuilah bahawa inilah kata hati saya masa tu. Berharap agar kepergian awak takkan merubah apa pun antara awak dan saya. Adakah saya seperti terlalu yakin untuk ikatan ini sehingga takut kehilangan awak?

Memang kata orang, jodoh ajal maut ni semua di tangan Yang Maha Esa. Tapi saya rasa tak salahkan kalau saya berharap dan memohon dari Dia agar ikatan ini tidak terputus. InsyaAllah Dia mendengar kata hati ini.

Kadang-kadang saya tak suka duduk dalam bilik kat kolej ni. Sebabnya roommates saya dua-dua orang selalu dapat call dari Encik Adam diorang. Tambahan roommate yang seorang ni, kalau boleh tiap saat Encik Adam dia call. Sampaikan saya pun rasa pelik. Dia macam tak ada kerja lain ke selain nak call Hawa nya ni? Hahaha... kadang-kadang saya terjeles sendiri. Huhuhu :(

Iyelah, boleh dikira berapa kali saya dapat call dari awak dalam sebulan. SEBULAN bukan seminggu tau. Huhuhu. Tapi saya tak kisah pun sebab saya tahu awak nun jauh kat sana dan saya kat sini. Perbezaan waktu seharian membuatkan kita susah nak berhubung kan. Call dari Mama saya dan Mummy awak la pengubat kesepian ni.

Saya dah jadi macam Panda ni. Huhuhu


Mungkin sebab ini lah yang membuatkan saya hilang fokus untuk study. Dah la final exam dekat dah ni. Huhuhu tambah pulak saya rindu nak jumpa Mama dan Babah. Babah selalu outstation, tu yang saya selalu tak jadi nak balik rumah.

A few days ago, Mummy awak ada call saya. Panjang kami borak tau. Ermmm ada kot termengumpat awak sikit. Hehhee ;p
Mummy nak ajak saya keluar jalan-jalan nanti. Waaaa bestnya... Tak sabar nak jumpa Mummy awak yang sporting morting tu. Hehhee. Masa tengah berborak tu, tiba-tiba Mummy awak cakap kat saya...

"Awen, rindu dekat Adam tak? Mummy rindu sangat la dekat dia. Kali ni lama sangat dia fly."

Sayu je saya dengar tau. Cepat-cepat balik ye. Dengar suara tak sama dengan bercakap secara depan-depan. Kami semua dah rindu nak tengok muka awak yang ensem tu (Opppsss jangan perasan ok!!) Hahahaha...

Oklah, saya nak continue study ni. Haaa sebelum saya lupa, Mama dan Babah saya kirim salam kat awak. Diorang pesan balik nanti bawak saya belajar kereta. Hahaha ;p
Papai Tuan Kemek. Nanti saya peluk Kemek ea. Take care. Jangan mengorat awek omputih tau!! ;p

By: Awenazri

Sunday, April 3, 2011

Ibarat Nyamuk??

Beberapa hari yang lepas seorang kawan Cik Kemek tanya satu soalan kat Cik Kemek punya Formspring..
Dia tanya pasal....

"Apa itu cinta bagi pendapat kamu?"
:
Lalu Cik Kemek bagi la jawapan ni kat soalan dia tu...
:
:
:
CINTA???

Cinta itu ibarat nyamuk.
(Ehh bagi la serangga yang cantik sikit kan? Macam RAMA-RAMA ke KUPU-KUPU ke PEPATUNG ke... ini tak, ada ke bagi perumpamaan ibarat nyamuk! Dah la nyamuk tu warnanya HITAM PUTIH je. Macam baju penjara pun ada kan? Hahahha)
;p
Ok continue please....
Cinta diibaratkan serangga seperti di atas kerana....


Semakin kita kejar ia, semakin ia menjauh dari kita kan?!
Sehingga kita penat dengan sendirinya selepas mengejar ia.
Memang Cinta itu indah
bagi mereka yang berjaya mengejar dan menangkapnya.
Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tersungkur di pertengahan jalan ketika mengejar Cinta itu?
Pasti ianya sakit bukan?
Pasti menitik mutiara jernih dari kelopak mata yang comel itu kan?


Jadi, usahlah mengejar Cinta itu jika kelopak mata kamu tidak sekuat dan sekukuh Tembok Besar China.
Kerna jika kamu tidak mengejarnya
Pasti suatu waktu itu akan tiba di mana Cinta itu datang menghampiri kamu akhirnya.
(Kalau tak percaya, cuba kamu duduk diam di tempat yang ada nyamuk tadi. Jangan kamu kejar nyamuk itu. Nescaya beberapa detik selepas itu, nyamuk itu akan datang sendiri mencari kamu bukan?)
(Kalau tak suka Nyamuk, boleh gantikan dengan Rerama, Pepatung, Kekupu or apa-apa lah yang kamu nak. Hahaha)
Begitulah juga dengan
C.I.N.T.A

Gambar dari Incik Google


Usahlah gelojoh untuk memilikinya.
Usahlah terburu-buru untuk menyerahkannya.
Agar kamu tidak memberinya kepada mereka yang salah.

Mood: Jiwangnyaaaaa...
By: Awenazri

Friday, April 1, 2011

::..Tolong Teman Pergi Toilet..::

Uuuhh mengantuknya.... Hehe weekend macam ni la baru dapat top up tidur lepas lima hari menyibukkan diri atau terpaksa menyibukkan diri dengan study, assignment, projek and segala macam hal yang perlu dilakukan sepanjang bergelar seorang student ni kan.

"Studying = Student + Dying"
Boleh pakai ke statement atas ni? Kalau tengah tension memang confirm boleh pakai. Hehehe

Tengah je mamai bangun dari tidur tadi, Cik Limah terpandang la Cik Lappy Merah kat sebelah. Dekat tab FB ada 2 notification. (Kesian Cik Lappy Merah sebab walaupun Cik Limah tidur dia still kena bekerja...kalau tak silap dari semalam lagi Cik Lappy Merah ni tak tidur..Hehehe)

Cik Limah bukak FB. Ooo notifications dari Wani. My BFFs@ex-rumate time kat matric dulu. Uishhh rindu bangat kat Wani. Notification tu, rupanya Wani share a link kat Cik Limah. Link ke blog Wani. Huhu ada entry untuk Cik Limah.. yipiiiii

ceritaria ku.......: zaman- zaman matrix

Huhu terharu pulak Cik Limah baca post Wani tu. Dalam post tu banyak pulak Wani ni puji Cik Limah (blushing kejap) Hahaha. Wani, ko cakap aku ni rajin study? takde maknanye Wani. Kalau rajin makan tu betul la jugak!! Haha ;p

Yang part teman pegi tandas tu, aku tergelak sorang-sorang bacanye. Hahhahaha Kesian ko kan Wani, tengah-tengah syok layan mimpi jumpa putera raja (kalau jumpa la hehhe), aku dengan muka tak malunya kejutkan ko. Sebabnya nak suruh ko teman aku pegi tandas!! Huhuhu...

Muka time muda-mudi. Suci dan murni.


Aku memang jenis penakut tahap cipan kot Wani. Hehe even kalau kat umah, bilik air sebelah bilik je pun aku akan kejutkan adik or akak aku. kikikiii ;p
Kalau sorang-sorang, aku rasa tak sampainye aku kat tandas tu.. walaupun macam-macam ayat Al-Quran aku baca. Hehe

Tapi seriously, aku rasa matric kita dulu scary sikit. Yelah, dah la jauh dari rumah orang kan pastu boleh pulak jalan nak g toilet tu straight nampak jalan raya kecil untuk pegi tempat sebelah matric kita tu (aku tak ingat tempat apa sebelah tu hehe).

Aku ni jenis yang terlebih pikir punya orang. Macam-macam imaginasi boleh singgah kat kepala otak aku ni. Even benda tu cam tak berapa nak logik pun. Memang aku tak boleh nak sekat imaginasi-imaginasi tu. Kalau orang lain tak terpikir pun kot benda-benda macam aku pikir ni. Hahaha

Sekarang ni sebab takde orang nak temankan aku memalam buta@pepagi buta ke toilet, aku memang make sure pegi toilet awal-awal lagi. Hehehe... plus masa sem 1 hari tu, aku bangun awal pagi kononnya nak sahur nak puasa sunat. Then tibe-tibe rasa macam nak pegi toilet. Pastu aku dengar bunyi pintu bilik depan aku dibuka (bunyi cam ada orang keluar bilik la kan). Aku pun cam pikir ooo ada orang pegi toilet. Cam berani sikit aku nak pegi toilet time tu... tapi disebabkan sifat penakut aku dan otak yang selalu duk pikir benda pelik-pelik (dan jugak takdir Allah), aku tak pegi pun toilet pagi tu sampai la subuh and roomate aku bangun.

Rupa-rupanya kan time aku dengar bunyi pintu bilik dibuka tu, ade orang laki pecah masuk bilik depan aku tu. Pencuri la rasanye. Budak bilik tu sedar ada orang masuk tapi tak dapat buat apa pun. Maybe pukau kot. Fuhhh seram aku dengar tau. Memang syukur sangat aku tak keluar pegi toilet pagi tu. Huhu kalau tak, aku pun tatau apa akan jadi kat aku.

Aku call Mama and story pasal kejadian tu. Mama aku sendiri marah aku bangun sorang-sorang dan nak keluar bilik. Mama aku siap pesan lagi kalau nak pegi toilet kejutkan kawan. Jangan pegi sorang-sorang!! Hehehe time tu teringat aku kat ko Wani...

Miss you so muchesss Wani!! Ikan Nemo and Spongebob aku pun rindu kat ko gak...hehhe

sweet memories
(bersepahnye kat belakang tu)
Hahaha


p/s: sape ehh yg ko cakap aku minat tu?? Lupa dah..hahahaa ;p

By: Awenazri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...